“Bapa Luah Keceωa Dgn Sikap Vanessa Yg Jdi Pnca..” Skali Ini Yg Dia Bt Smpai Bapa Vanessa Doakan Mcmnie

Bapa kepada Allahyarham Vanessa Angel, Doddy Soedrajat meluahkan rasa kecwa terhadap pemandu kenderaan yang menyebabkan kejadian tersebut sehingga mengambil nyawa anak dan menantunya. Menurut Doddy, pemandu tersebut yang dikenali sebagai Tubagus Joddy langsung tidak menghubunginya selepas kejadian itu berlaku. Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, Doddy berharap pemandu tersebut menerima hukuman yang setimpal.

“Tiada apa yang boleh saya katakan untuk dia. Biarlah dia mendapat hukuman yang sewajarnya nanti. Benda dah jadi, saya kena terima. Dia tidak pernah menghubungi saya… tapi saya tidak mahu fokus tentang perkara itu,” kata Doddy kepada media menerusi video rakaman di YouTube.

Sebelum ini, media melaporkan pemandu itu didakwa menggunakan telefon bimbit ketika memandu sehingga menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Vanessa dan Febri pergi buat selamanya dalam satu kejadian jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. Anak kepada pasangan tersebut iaitu Gala Sky Andriansyah yang turut berada dalam kenderaan itu mengalami luka pada bahagian wajah dan keadaannya dilaporkan semakin baik. Sumber – Liputan6

Baru Je Tular Vanessa Dan Suami Telah Pergi Buat Selamanya. Kini Bapa Mentua Vanessa Tampil Dedahkan Keadaan Terkini Anaknya.

Jakarta: Anak lelaki 4rwh Vanessa Angel iaitu Gala Sky Ardiansyah yang berusia setahun, masih dirawat akibat mengalami lebam serta kelopak matanya perlu dijahit susulan nahas jalan raya, baru-baru ini.  Hal itu dimaklumkan bapa mentua Vanessa iaitu Faisal yang berkata Gala masih ditahan di sebuah hospital di Surabaya untuk rawatan selanjutnya.

“Masih terdapat kesan lebam pada bahagian wajah Gala dan belum sembuh sampai sekarang. Kelopak matanya juga mungkin akan perlu dijahit sedikit. Menurut doktor, bengkak itu boleh hilang dan rawatan lanjut akan diteruskan. Apapun, semuanya mengikut pertimbangan daripada pihak doktor juga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan pergi buat selamanya selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini jalan raya pada tengah hari, 4 November lalu. Menurut portal berita CNN Indonesia, kejadian itu berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Di Instagram Vanessa dan suaminya, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian mengejut pasangan berkenaan. Antaranya, Ivan Gunawan, Ayu Ting Ting, Ruben Onsu dan ramai lagi. Peminat-peminatnya juga turut meluahkan rasa kesedihan atas berita sedih itu dan ramai yang tidak percaya bahawa Vanessa sudah pergi buat selamanya. Sumber : Hmetro

Sebak Bila Ada Yang Kongsikan Pesanan Terakhir Suami Vanessa Angel Untuk Anaknya. Ini Pesanan Bibi Buat Hari Lahir Pertama Anaknya.

Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah pergi buat selamanya dalam satu kejadian yang tak diingini di Tol Jombang arah Surabaya, Khamis (4/11). Ambulans yang membawa jasad Vanessa dan Bibi telah tiba di rumah jasad di Jakarta Barat setelah menempuh perjalanan kurang lebih 11 jam dari Surabaya.

Vanessa dan Bibi diuruskan hari ini di Tempat Persemadian Melaka di kawasan Swadarma, Ulujami. Ketika kejadian itu berlaku, nama Vanessa dan Gala menjadi trending topik di Twitter. Orang ramai turut bersedih atas kehilangan Vanessa dan Bibi buat selama-lamanya dan tinggalkan Gala yang kini baru berusia 15 bulan.

Malah, salah satu klip video ketika Bibi dan Vanessa menjadi bintang jemputan di saluran YouTube CURHAT BANG Denny Sumargo kembali viral. Dalam video itu, Bibi nampaknya telah tinggalkan mesej untuk Gala pada hari lahirnya yang pertama. Mesej itu akhirnya disampaikan oleh Denny Sumargo kerana Bibi tidak dapat bercakap.

“Om Densu mewakili, ya. Dia kata, ‘Gala, nak, orang baik ada masa lalu, orang jahat ada masa depan. Hidup tak boleh berdasarkan apa yang selalu kita fikirkan’,” kata Denny mengikut kata-kata Bibi. Namun, yang lebih menyedihkan warganet apabila mendengar Denny berkata Bibi akan sentiasa ada untuk menemani Gala walaupun sudah tiada di dunia. “Tapi, Gala, kalau terjadi apa-apa dekat kamu, mungkin saya tak boleh ada dan mungkin saya tak akan sentiasa ada, tapi percayalah papa akan sentiasa menemani kamu walaupun papa sudah tiada di dunia ini,” kata Denny.

Seperti yang dilaporkan, terdapat lima orang dalam Pajero Sport berwarna putih ketika terlibat dalam kejadian yang tak diingini. Tiga orang termasuk Gala Sky Ardiansyah, anak tunggal Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah terselamat.

Dua lagi yang turut terselamat iaitu pengasuh bernama Siska Lorenza dan pemandu bernama Tubagus Joddy. Siska luka teruk, manakala Joddy dilaporkan tidak luka.

 

Sumber : Murai.my, RoseMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *