Pakai Rambut Palsu?. Sekali Zizi Kirana Buka Mulut Tepis Dakwaan Datuk Rafiena

Penyanyi Zizi Kirana menepis da.kwaan penerbit Datuk Rafiena yang mengatakan dirinya banyak kerenah bagi meneruskan penggambaran drama Jamu Nesan.

Susulan itu, Zizi yang turut dida.kwa melan.ggar kontrak, digugu.rkan daripada meneruskan watak Madam Zoora dan digantikan dengan penyanyi Didi Astillah.

Zizi, 36, berkata, dia tegas dengan pendirian tidak akan membuka tudung atau memakai rambut palsu semata-mata bagi melakonkan watak ketua ma.fia itu.

“Saya tidak pernah cakap tak nak berlakon atau teruskan penggambaran. Dari awal saya cakap nak buat sebab suka dengan watak dan cerita ini. Cuma perlu kena dengan penampilan saya yang sudah bertudung. Saya setuju ambil tawaran ini pun sebab ia dijangka habis sebelum Ramadan.

“Mengikut jadual asal yang sudah disusun pengarah pertama iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof, penggambaran membabitkan watak saya habis dua hari sebelum Ramadan. Ketika itu saya memang masih belum bertudung. Namun, ketika masuk lokasi pengarah bertukar. Saya okay saja. Pada awalnya mereka ikut jadual yang sudah dibuat, tapi beberapa hari selepas itu, semuanya bertukar. Malah ada yang bertambah. Saya okay dan ikut saja. Tapi masih tak boleh habiskan bahagian saya sehinggalah penggambaran tertunda.

“Kemudian, saya dimaklumkan oleh pengurus mereka nak sambung penggambaran semula. Dalam masa sama pihak mereka tahu saya sudah pakai tudung. Dia (Rafiena) cakap risau juga tengok Instagram apabila saya sudah pakai tudung. Jadi, kami adakan mesyuarat secaradalam talian. Dia harap dapat selesaikan dan saya ingat ia diteruskan dengan penampilan saya ini.

“Saya diminta pakai rambut palsu. Saya minta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan perkara ini. Saya pula tidak mahu buka tudung dan mahu mereka sesuaikan watak itu dengan penampilan bertudung ini. Apa saya harapkan ketika itu semoga dia juga sama-sama faham situasi saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zizi, apa yang berlaku dianggap duga.an buatnya.

“Saya sedar apabila sudah pakai tudung memang akan berikan masalah dalam projek ini. Tapi takkan sebab itu saya nak kena ubah prinsip saya dengan buka tudung. Justeru itu saya mohon pemahaman. Lagi pula dia juga penulis skrip drama itu, jadi mungkin boleh tukar sedikit mengikut keadaan semasa. Malah, perkara sama juga dikatakan oleh mufti.

“Diakui apa yang berlaku ini buatkan saya sed.ih. Satu malam saya berfikir mengenai mas.alah ini. Apa pun, saya anggap ini duga.an. Tidak mengapalah jika itu tanggapan diberikan pada saya. Saya tak berden.dam pun,” katanya.

Sementara itu, pengurus Zizi dikenali sebagai Farah berkata, pihaknya sudah memaklumkan Zizi tidak berkelapangan sepanjang bulan ini selain turut memberikan tarikh yang lapang.

“Saya dimaklumkan babak membabit.kan Zizi berbaki 17 hari lagi. Jadi, saya berikan tarikh yang Zizi lapang dan boleh ‘shoot’. Lagipun sebelum itu saya sudah maklumkan dan berikan tarikh pada pengurus produksi (PM), tapi tiba-tiba mereka tukar PM pula.

“Berdasarkan tarikh diberi ada satu hari Zizi bertembung dengan program lain. Saya minta selaraskan, tapi dikata banyak song.eh pula. PM baru itu juga cakap tak boleh sebab nak gunakan Zizi. Dia juga cakap urusan tarikh sebelum ini itu antara saya dengan PM yang lama.

“Mereka tukar PM bukan masalah saya. Tukar siapa pun dalam produkai itu, saya tak perlu ambil tahu. Saya hanya jaga artis saya sebab saya yang berurusan dari awal. Saya ada semua bukti,” katanya.

“Saya trpaksa buat..” Zizi Kirana Did4kwa Lɑnggr ko̞ntrɑk!- ‘Sy hormat imej bertudung’

Sebelum Ini, pasrah Demikian hakikat yang perlu dilalui pengarah Datuk Rafiena yang mendedahkan dia terpaksa men4nggung kerugian besar gara-gara terpaksa mengugvrkan nama penyanyi Zizi Kirana daripada produksi drama Jamu Nesan yang hanya berbaki 30 peratus sahaja lagi.

Menurut Rafiena atau nama sebenarnya Rafiena Ezanee Ramli, 39, dia menghormati keputusan Zizi yang sudah berhijab dan tidak dapat meneruskan penggambaran seperti dijadualkan atas sebab-sebab tertentu.

Justera itu Rafiena berkata, dia terpaksa mengambil jalan terbaik dengan menggantikan penyanyi lagu EH itu dengan Didi Astillah yang dirasakan paling sesuai dan hampir sama dengan penyanyi berkenaan.

“Nak tak nak saya terpaksa akur dan hormat dengan keputusan dia memakai hijab dan disebabkan itu saya terpaksa buat keputusan drastik dengan mengugurkan nama dia daripada drama.

“Sudah tentu perkara ini menganggu sedikit jadual penggambaran terutama artis-artis lain yang beri komitmen daripada awal. Saya terpaksa buat keputusan drastik, keputusan gila dengan menggantikan dia kepada panyanyi Didi Astillah,” katanya kepada mStar.

didiastillah

Rafiena (kanan) menggantikan watak Zizi dengan Didi Astillah (kiri).

Berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut Rafiena berkata, pada awalnya pihak dia dan Zizi sudah bersetuju untuk menyesuaikan imej tudung dengan watak yang perlu dibawanya dalam drama tersebut.

Namun tidak lama selepas itu dakwa Rafiena, Zizi kemudiannya menukar fikiran dan memberikan pelbagai alasan yang akhirnya menjejaskan proses penggambaran.

“Kita faham dia nak bertudung tapi daripada segi kerja dan kontrak, dia sepatutnya perlu habiskan. Awalnya saya minta dia pakai rambut palsu tapi kemudian dia kata hukumnya adalah haram dan sudah pasti saya juga faham.

“Jadi dia kata nak pakai tudung dan saya setuju, walaupun tak tahu nak gambarkan seorang ketua mafia (watak Zizi) bertudung. Saya layankan sebab nak habiskan je… saya fikir artis lain kena tunggu.

Saya tak m4rah dengan dia, saya hanya terkilan sebab saya buat watak ini khas untuk dia.

DATUK RAFIENA EZANEE RAMLI

PENGARAH

“Apabila kita dah setuju dan cuba sesuaikan dengan imej bertudunng… dia minta tukar tarikh shooting kepada 19 November pula sedangkan drama ini patut ditayangkan pada 12 November. Jadi sebab tu saya tukar dia dengan Didi Astillah, saya tak boleh nak layan karenah dia lagi,” ujarnya.

Biarpun berasa sedikit terkilan namun Rafiena berkata, dia pasrah dengan apa yang berlaku dan enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi berkenaan.

245503863_333103555238398_5904333460288641851_n

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Jamu Nesan.

“Zizi ni tak ada masalah dengan saya. Dia bagus, attitude dia baik. Saya hormat keputusan dia dan saya tak nak besarkan isu ini dengan ambil tindakan.

“Saya tak nak orang ingat saya kej4m sangat sebab tak benarkan orang nak berubah bertudung yang akhirnya orang akan k3cam saya. Nanti orang bagi bad expression kepada saya. Jadi saya reda saja.

“Saya tak mar4h dia, saya hanya terkilan sebab saya buat watak ini khas untuk dia. Saya ajar dan lead dia untuk berlakon daripada awal tahun lalu. Itu yang saya rasa k4cewa sebab dia macam tak hargai usaha saya.

“Dia dah ambil bayaran 50 peratus tapi saya tak minta dia refund atau minta ganti rugi sebab apabila saya fikir balik, mesti ada rezeki saya akan datang,” ujarnya.

 

Sumber: HM/Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *