“Wow Mcm Tokti Masa Muda..” Gelagat Comel Siti Aafiyah Raih Pujian, Rmai Samakan Dgn Tokti Masa Muda.

Kehadiran puteri sulung kesayangan dalam rumahtangga Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan suaminya ini menjadi kebahagiaan dan keceriaan buat mereka. Siti Aafiyah Khalid nama diberi kini sudah pun berusia tiga tahun dan sangat comel sekali.

Sama seperti kanak-kanak lain, anak sulung kepada penyanyi nombor satu negara ini turut memiliki perangai menghiburkan dan sungguh comel sekali. Dalam perkongsian terbaharu menerusi akaun TikTok dengan nama akaun toktitiktok ini dipaparkan gelagat comel Siti Aafiyah bersama ibunya itu.

Kedengaran suara Dato’ Seri Siti Nurhaliza memberitahu anaknya itu, “Hi Siti Nurhaliza kecik”. Namun dijawab oleh si cilik tersebut, “Bukanlah, ni Siti Aafiyah”. Telatah dua beranak ini membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah rakaman gelagat comel Siti Aafiyah tersebut.

Comel dan bijak betul si cilik ini! Nampaknya semakin membesar Siti Aafiyah makin seiras ibunya. Apa-apa pun perkongsian rakaman gelagat Siti Aafiyah tersebut telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan hampir 50 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Rambut mermaid lawa kan Afiyah. CT Nurhaliza junior”

Gelagat Comel Siti Afiyah 4

“Siti Afiyah tak nak jadi Siti Nurhaliza ke? Siti Afiyah tau tak satu Malaysia nak jadi Siti Nurhaliza”

Gelagat Comel Siti Afiyah 3

“Weyh muka Aafiyah zaman zaman dato sri siti konsert final hmi rtm dulu weyh hahaha”

Gelagat Comel Siti Afiyah 2

“Siti Nurhaliza junior …Subahanallah cantiknya”

Gelagat Comel Siti Afiyah 1

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *