[VIDEO] Air Zam Zam Sudah Tidak Dibenarkan Untuk Di Bawa Pulang Walaupun Sebanyak 5 Liter?

Kebiasaannya, apabila ada antara umat Islam yang berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah atau haji, pasti mereka akan kembali ke tanah air membawa pulang Air Zam Zam.

Namun, sejak beberapa tahun lalu, pihak kerajaan Arab Saudi tidak lagi membenarkan kemasukan Air Zam Zam ke negara lain dalam kuantiti yang banyak. Hanya lima liter Air Zam Zam sahaja diberikan kepada setiap jemaah secara percuma.

Namun, lain pula ceritanya menerusi hantaran terkini yang dilakukan oleh akaun TikTok yang menggunakan nama Masjid Besi.

VIDEO: 

Menerusi video berkenaan, difahamkan yang tiada Air Zam Zam dibenarkan untuk dibawa pulang ke tanah air, terutama jika jemaah terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jedah.

“Kepada para mutawif, nak beritahu… untuk lapangan terbang baharu, Air Zam Zam tidak dibenarkan bawa balik.

“Maksudnya, jemaah tak diberikan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang l4rang.

“Tadi nak bawak masuk tetapi tidak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidak ada penjualan Air Zam Zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan Air Zam Zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli zam zam,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa kec3wa dengan larangan untuk membawa pulang Air Zam Zam berkenaan.

Ada juga yang mengandaikan lar4ngan tersebut dibuat kerana masih ada sebilangan jemaah yang membawa pulang Air Zam Zam untuk dijual kepada masyarakat tempatan.

Untuk rekod, bekas Mufti Perak, Allahyarham Harussani Zakaria menjelaskan bahawa penjualan Air Zam Zam adalah tidak dibenarkan mengikut hukum syarak.

Tambahnya, hal ini disebabkan Islam mel4rang pihak yang mengambil sesuatu barang tanpa kebenaran.

KOMEN  NETIZEN : 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *