Baru Je Kahwin, Sekali Benda Ni Buat Fizo Omar Beng4ng!

Pelakon Fizo Omar mendedahkan beberapa akaun Instagram p4lsu yang menggunakan wajah serta nama isterinya, Fazeera Nazri Azrai.

Menerusi Insta Stories pada Jumaat, bapa kepada seorang cahaya mata itu meminta peminat agar tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya.

Malah Fizo, 36, turut memberi am4ran kepada individu yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.

“Ini bukan Instagram rasmi wife saya. Stop follow individu yang entah sape sape. Kpd yg berkenaan stop gunakan nama org lain utk kepentingan peribadi!,” tulisnya.

Justeru, penjelasan yang dibuat Fizo setidak-tidaknya meleraikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi momen hari bahagia mereka sejak semalam.

Terdahulu media melaporkan, pengurus kepada aktor berkenaan, Mimi mengesahkan Fizo mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya berusia 25 tahun itu  di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Ia dilangsungkan secara tertutup kira-kira jam 10.00 pagi.

Dalam pada itu, Mimi turut memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada Khamis, Fizo memuat naik fotonya yang mengenakan baju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahkan dia sudah bernikah sekali gus ‘meninggalkan’ status duda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *