[VIDEO] “Wow Sweetnya..” Tular Mamat Sepah Bgi Hadiah Dkt Isteri Curi Tumpuan- ‘Romantik Betul Ko Mat’

Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan rumah tangga yang bahagia, tidak kiralah sesiapapun itu. Pasangan selebriti juga sering menjadi tumpuan ramai apabila peminat turut tumpang gembira melihatkan selebriti yang diminati mereka bahagia bersama pasangan pilihan mereka.

Nampaknya gelagat pasangan, Mamat Sepah dan isterinya ini turut sama mencuri tumpuan peminat mereka apabila satu rakaman video dikongsikan kepada umum.

Untuk info, Mamat Sepah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya iaitu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Nordiana Ibrahim pada Mac tahun lalu.

IMG_20211021_104810

Sebelum ini penampilan segak berambut pendek Mamat Sepah selepas bergelar suami membuatkan ramai memuji isteri pelawak ini yang pandai menjaganya dan terbaru, gelagat sweet pasangan ini pula menjadi bualan peminat.

Selain merasa seronok melihat Mamat Sepah sweet terhadap isteri kesayangannya itu, peminat juga mendoakan yang terbaik buat mereka dan dalam pada masa yang sama perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi di ruangan momen.

Melalui respon-respon ditinggalkan peminat, ada juga yang masih terkejut dengan perubahan Mamat Sepah yang dahulunya berambut panjang sekali gus memberikan pujian buat isterinya itu.

“Moga bahagia, sentiasa menghargai…”

MamatMamat

“Siapa pun kalau jumpe dengan orang yang tepat memang akan membahagiakan”

IMG_20211021_104928

“Wow sweetnya…”

IMG_20211021_104939

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *