“Alhamdulillah, Baby & Maryam Sihat..” Ryzal, Maryam Durian Kimchi Timang Bayi Perempuan-‘Syukur Allah Mudahkan Bersalin’

SELEBRITI media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi dan suami, Ryzal Ibrahim kini sudah bergelar ibu bapa.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, wanita kelahiran Korea Selatan itu berkongsi beberapa foto sedang mendukung bayi perempuannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

“Link Gambar”

“Alhamdulillah. Baby dan Maryam sihat. ALLAH mudahkan bersalin.

“Terima kasih semua doakan saya,” tulisnya.

Terdahulu, Maryam berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang berada di wad ber.salin.

Dalam video berkenaan, Maryam berkata ” Jumpa nanti dengan anak saya.”

“Link Video Di Bawah”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

“Link video”

Jun lalu, Maryam pernah berkongsi bayi dikandung adalah perempuan dan mempunyai wajah seiras suaminya, Ryzal.

Ruangan komen dihujani ucapan tahniah. Ryzal sempat meninggalkan komen mendoakan agar anaknya itu baik-baik sahaja.

“Hi puteri Daddy! Jangan nakal macam mummy tau,” tulisnya.

Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Mereka yang menetap Seoul sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020.

Sumber: Instagram @maryamyunrrr

Sumber: sinarplus.sinarharian.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *