Tiada ‘mood’ sambut Deepavali, isteri Shah Rukh Khan lar4ng tukang masak makan manisan sehingga Aryan bebas penj4ra

BAKAL menyambut Deepavali tidak lama lagi, keluarga bintang Bollywood Shah Rukh Khan difahamkan tidak akan meraikan perayaan tersebut.

Isteri kepada Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan dilaporkan mel4rang tukang masak di kediaman mereka daripada menghidangkan sebarang juadah manisan sehinggalah Aryan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road, Mumbai susulan k3s d4d4h, pulang.

Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan.

Difahamkan Gauri mengeluarkan arahan itu selepas mendapati tukang masak di kediamannya sedang memasak kheer, iaitu sejenis puding manis popular di India untuk makan tengah hari.

Manisan merupakan makanan wajib kepada masyarakat India di seluruh dunia terutamanya ketika mengadakan upacara keramaian termasuk perkahwinan dan keagamaan.

Malah manisan juga menjadi simbolik untuk menggambarkan rasa gembira dan kesyukuran.

Sebelumnya, dilaporkan bahawa Gauri turut membuat hajat untuk Aryan dan berdoa ketika perayaan Navratri.

Dia juga berhenti mengambil gula sejak Navratri bermula pada 7 Oktober.

Keluarga itu mengharapkan Aryan dapat dibebaskan dan kembali bersama keluarga sebelum sambutan Deepavali yang bakal menjelang.

Terdahulu, Shah Rukh Khan difahamkan meminta rakan selebriti yang lain untuk tidak mengunjungi kediamannya buat seketika, dan mahu meluangkan masa bersama keluarga ketika waktu gent1ng ini.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota p0lis dari Biro Kawalan N4rk0tik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

NCB turut mer4mpas 13 gram k0k4in, 21 gram ch4ras (k4nab1s pekat), 22 pil meth4mphet4m1ne, 5 gram d4d4h jenis meph3dr0ne dan lebih 1.3 juta lakh Rupee dalam serbuan itu.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *