Slepas Fauzi Nawawi Mhon Maaf Isu Bb4k R0g#l, Skali Netizen Prasan Bnda Lain

Kuala Lumpur: Pelakon Fauzi Nawawi memohon maaf terhadap Raja Farah, suami dan keluarganya berikutan video mengenai pengalaman berlakon dengan pelakon terbabit yang tular di Twitter.

Menerusi video itu, Fauzi dipercayai menceritakan mengenai babak r0g#l dalam filem Anak Halal membabitkan Raja Farah menerusi sebuah program TV.

Menurut Fauzi, dia tidak tahu tujuan video itu kembali ditularkan kerana program berkenaan sudah lama ditayangkan dan baru kini dihebohkan semula.

“Saya nak memohon maaf kepada semua sekali yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Saya nak memohon maaf pada semua yang terkesan dengan video ini khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga.

“Video ini (permohonan maaf) mungkin agak lambat saya muat naik kerana saya baru balik dari ‘shooting’, saya kerja. Kebetulan tengah ‘shooting’ babak berat, jadi saya lupakan dan tutup semua telefon sebab tak nak mengganggu fikiran saya.

“Saya pun tak tahu apa perkara sebenarnya yang netizen mar4h sangat pada saya sampai sanggup m4ki, hantar mesej yang bukan-bukan di DM, Twitter semua m4ki, b***, cel4ka. Alhamdulillah saya terima dengan lapang dada. Saya terima dengan tenang walaupun kusut juga memikirkan,” katanya.

Fauzi berkata, sebaik selesai rakaman, dia sudah meminta pihak penerbit dan produksi untuk memtong bahagian yang sensiqtif ketika perbualan.

“Sebab kami bersembang antara lelaki. Memang salah saya bila bersembang tak kawal cakap, terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah. Sebenarnya mereka tanya pengalaman watak yang saya pernah pegang. Kalau diceritakan watak 13,14 tahun dulu, watak begitulah.

“Perompak, penjahat, per#g0l itulah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap, habis rakaman saya tersedar yang bahawa ada benda yang patut diptong, yang disensorkan supaya tak ditayangkan,” katanya.

Program itu sudah ditayangkan dua kali dan Fauzi mengakui tidak mengetahui ia ditularkan di Twitter semalam.

“Tapi apapun saya mengaku memang salah saya, saya jah1il, memang saya tak baik tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik. Kepada yang amat sensitif yang terkesan dengan video ini, sudah tentu suami kepada suami Raja Farah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki.

“Memang saya tiada niat langsung memalukan. Pada Raja Farah sendiri dan juga keluarga, saya minta maaf dan saya tak mahu lagi perkara ini dipanjangkan,” katanya.

Fauzi turut berlapang dada memaafkan warganet yang mengeluarkan kata-kata cacian terhadapnya, emak serta keluarganya.

Terdahulu isu tular ini mendapat respon balas daripada Raja Farah dan suami. Menerusi hantaran di Instagram, pasangan ini menganggap perkara itu sangat mem4lukan.

Suami Raja Farah menegaskan, rakaman yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut. Ini kerana mereka tidak menjaga a1ib dan kehormatan wanita.

VIDEO :

KOMEN NETIZEN :

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *