Baru je naik helikopter, Hairul Azreen dpt tawaran istimewa dari jut4wan Vincent Tan! – “Ini baru betul-betul geng kayangan”

BUKAN sahaja bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter, malah pelakon Hairul Azreen sekeluarga turut berpeluang menikmati percutian di atas kapal layar mewah pada Ahad.

Berkongsi pengalaman itu, Hairul tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan yang juga jutawan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Pelakon berusia 33 tahun meluahkan rasa teruja menerima layanan istimewa di atas kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan itu.

“Saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia.

“Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady. Rezeki anak-anak,” kata Hairul.

Terdahulu, pemilik nama Hairul Azreen Idris berkongsi video dia bersama keluarganya berada di atas kapal mewah milik jutawan berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut teruja serta mendoakan rezeki Hairul dan keluarga sentiasa dimurahkan.

Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady.

“Rezeki anak-anak you… celik mata dapat jumpa jutawan Malaysia. Aku hidup separuh abad pun tak dapat merasa ini semua.

“Abang Hairul sentiasa berutung dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah… semoga keluarga semua dipermudahkan.

“Ini baru betul-betul geng kayangan!”komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.

Hairul sekeluarga bercuti di Pulau Redang.

Sebelum ini, percutian Hairul bersama isterinya, Hanis Zalikha dan dua orang anaknya ke Pulau Redang, Terengganu menaiki helikopter perhatian netizen.

Pelakon itu turut dipuji kerana sanggup berbelanja besar demi memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisyah, 2.

Tak Perlu Berses4k, Hanis Zalikha & Hairul Azreen Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter Tarik Perhatian Peminat

Sejak Isnin lalu, ramai yang sudah sibuk membuat perancangan untuk pulang ke kampung dan menempah tiket penerbangan untuk bercuti selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri.

Namun berbeza buat pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, mereka tidak perlu bersesak dengan orang ramai apabila menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Hairul turut membawa anak-anaknya bagi menikmati percutian tanpa perlu bersesak-sesak di lapangan terbang.

Dalam entri tersebut, Hairul turut memberitahu percutian itu adalah yang pertama buat anak perempuan mereka iaitu Alisa Aisyah.

Dalam pada itu, Hanis turut berkongsikan video di Instagram berada di dalam helikopter dalam perjalanan menuju ke pulau percutian mereka.

Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan artis dan netizen yang teruja dengan percutian mewah keluarga itu.

Ada yang memuji dan tak kurang yang ralit melihar gelagat comel dua permata hati mereka.

“This is next level,” tulis netizen

“wah kayangan sangatt,” luah rasa kagum seorang wargamaya.

“Tudia, bukan biasa2 … Usaha mereka dalam mencpai kehidupan yang sekrng pon bukan senang setanding dgn usaha mereka,” tulis lagi seorang netizen.

“Wowwww my universe tu perfect dengan kak hanis punya memories tu. aaaa sukalah tengok, happy je,” peminat teruja.

“Sukanya tengok Alisa hehehe seronok dia,” kongsi peminat lainnya.

“Bukan kayangan… tapi keselamatan anak-anak musim Covid ni. Duit boleh cari, nyawa kesihatan kena jaga. Good job,” puji peminat.

“True definition of kaya… ni tak semata-mata nak nampak kaya, main campak-campak duit depan kamera,” antara komen yang ditinggalkan.

Mereka turut sama memuat naik suasana sama menerusi Insta Stories masing-masing.

Sekadar informasi, Hairul dan Hanis berkahwin pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar,4, dan Alisa Aisyah, 2.

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *