DSV Terjah Rumah Iqbal Jam 3 Pagi. Apa Yg Dia Bawa Bersama Tarik Perhatian Iqbal

Selepas tawar hati sehingga membatalkan hasrat untuk berkahwin, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal memaklumkan dia diterjah oleh jutawan kosmetik itu dirumahnya sekitar jam 3 pagi tadi.

Berkongsikan perkara itu di Insta Story, Iqbal akui terkejut sedangkan dia tidak pernah mendedahkan mengenai alamat rumahnya sebelum ini.

“Kedatangan Datuk Seri Vida tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada September lalu.

“Saya keluar tanpa pakaian penuh, kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa,” tulisnya.

Tidak hanya datang dengan tangan kosong Iqbal berkata Vida datang dengan membawa sebentuk cincin. Menurut Iqbal dia terpaksa melayan kedatangan Vida serta akan memulangkan cincin berkenaan.

“Saya layan sahaja dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali, saya sebenarnya penat begini,” tulisnya.

Iqbal turut berkongsikan video memaparkan Vida sedang duduk bercerita mengenai cincin yang dibawa sambil ditemani anak lelakinya Kacak.

Sementara itu, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan yang menjaga kediamannya apabila membenarnya orang luar masuk sewenang-wenangnya apatah lagi dia tidak dihubungi terlebih dahulu.

“Saya marah pada security guard. Macam mana boleh mudah lepas walhal ada dua tapisan pondok keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah saya? Hanya pemegang kad sahaja yang boleh masuk. Biasanya security guard akan hubungi terlebih dahulu jika orang datang,” tulisnya.

Kecoh kononnya Iqbal anak bekas menteri gara-gara campak duit… Dia sebenarnya anak Pak Imam, pernah kerja cuci pinggan

SEJAK usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan ramai gara-gara video mencampak duit dan menayang kemewahan, timbul pelbagai tanda tanya tentang sumber kekayaan yang dimilikinya.

Rata-rata mula mempersoalkan tentang aliran kewangannya hingga mampu berbelanja mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

Lebih mengejutkan tiba-tiba sahaja tular petikan video rakaman temubual mStar yang diedit semula dengan kapsyen yang mendakwa dia merupakan anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Namun setelah disemak, dakwaan itu timbul hanya kerana secara kebetulan ahli politik itu mempunyai anak lelaki bernama Tengku Iqbal Munawwir.

Mengakui terkejut dengan dakwaan yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu, Iqbal, 27, berkata dia tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik berkenaan.

Iqbal bersama ibu dan adik beradik yang lain.

Malah dia meminta orang ramai agar tidak mencemarkan nama Tengku Adnan dengan kontroversi yang melanda dirinya pada ketika ini.

“Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan. Saya tak pernah jumpa beliau dan tak tahu kenapa orang cakap saya anak dia… muka sama ke?

“Saya teringin juga nak jumpa Tengku Adnan tapi jangan la cemarkan nama beliau dan kaitkan dengan saya. Saya hanya budak kampung yang pernah kerja cuci pinggan.

Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan

“Saya sangat mengagumi beliau. Mungkin suatu hari nanti saya boleh jadi ahli politik… jadi ikon anak muda,” katanya kepada mStar.

Jadi bagi menjawab pelbagai persoalan tentang identiti Iqbal, mStar senaraikan latar belakang pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.

1. Nama sebenar dan latar belakang pendidikan

Ahmad Iqbal Zulkefli dilahirkan pada 12 September 1994 dan berasal daripada Pasir Mas, Kelantan.

Iqbal berasal daripada Pasir Mas Kelantan.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) sebelum meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi Pasir Mas (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Dia kemudiannya menyambung pendidikan di peringkat diploma dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

2. Latar belakang keluarga

Merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik-beradik.

Bapanya Zulkefli Dollah merupakan seorang guru dan Imam di Masjid Pasir Mas. Bapanya mendapat pendidikan pada peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

Berniat ingin berkahwin dengan Datuk Seri Vida namun hasratnya tidak tercapai.

Sementara ibunya Maznuni Che Yusof yang berketurunan Cina Siam adalah seorang guru bahasa Arab, juga mendapat mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Ibu bapanya berpis4h pada tahun 2018.

Namun ibunya meningg4l dunia pada 20 Januari 2021.

3. Pekerjaan sebelum bergelar usahawan

Pernah bekerja sebagai pencuci pinggan dan menjual burger pada usia 17 Tahun di Terengganu dan Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut tentang kehidupannya, dia pernah hidup susah hingga terpaksa menyewa pada bahagian dapur sebuah rumah untuk dijadikan bilik tidur.

Sewaktu belajar, Iqbal pernah meraih pendapatan sehingga RM13,000 sebulan dengan melakukan pelbagai kerja secara sambilan termasuk menulis artikel, menyunting video dan pemasaran.

Selepas diberhentikan dari Vida Beauty, Iqbal memulakan pernigaan kosmetiknya sendiri.

Sebelum menamatkan pelajaran di Aswara, Iqbal mendakwa menerima tujuh tawaran kerja dengan gaji RM5,000 ke atas.

Namun Iqbal memilih untuk bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida selepas tamat pengajian dan ditawarkan gaji RM1,400 sebulan.

Selepas diberhentikan kerja daripada Vida Beauty, Iqbal memulakan perniagaannya sendiri iaitu serum dan minyak wangi dengan bermodalkan RM500.

sumber: roti kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *