“Yg sdap ai lihat gitu..” King Coco Nak Cari Teman Lelaki Dn Ini Ciri2 Yg Dia Mahukn..

Pempengaruh King Coco memberitahu kriteria teman lelakinya mestilah seorang jejaka yang budiman atau dalam erti kata lain gentleman.

Tambah empunya nama Marshaira Ismail, 24, menjawab kepada soalan yang diajukan peminatnya di Instagram, ciri-ciri lelaki idamannya juga tidak semestinya kacak dan kaya.

“Coco nak bf (teman lelaki) macam mana? Yang bukan Datuk, bukan Tan Sri. Tak nak yang kaya, biasa-biasa je.

“Handsome okeylah. Tak nak handsome sangat. Sedap-sedap mata ai (saya) lihat okey dah.

“Yang penting, harus wajib. Gentleman!” kongsinya.

King Coco sebelum ini mengesahkan telah berc.erai dengan bekas suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor dan kini sudah tamat tempoh edah.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Selepas kecoh mengenai kisah cer.ainya, King Coco menjadi perhatian ramai apabila mengadakan pertemuan bersama aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap Caprice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Malah, netizen juga sepakat menjodohkan mereka yang masing-masing punyai pe.lat Inggeris.

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *