Facebook, WhatsApp dan Instagram tergendala… apa berlaku sebenarnya?

PENGGUNA Facebook, WhatsApp dan Instagram berhadapan masalah apabila tiga laman popular itu tergendala sejak Isnin malam, lapor The Guardian.

Pihak Facebook turut mengeluarkan kenyataan di Twitter dan mengakui peka dengan masalah yang berlaku.

“Kami sedar ada sebilangan orang yang menghadapi masalah akses kepada aplikasi dan produk kami.

“Kami sedang bekerja untuk memulihkan ia secepat mungkin dan memohon maaf atas kesulitan ini,” ujar pengendali Facebook.

Dalam pada itu, ketika Facebook, WhatsApp dan Instagram masih tergendala, ramai pengguna beralih ke Twitter dan Telegram untuk berkomunikasi dan meluahkan situasi semasa yang berlaku.

Malah, ia turut menjadi topik treding di Twitter yang mana hal tersebut hangat diperkatakan sehingga Selasa pagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *