“Bru nmpk awk snyum..” Isteri Pelawak trkenal Shahrol Shiro Luah Rasa Brsyukur – ‘Ismail kuat okey’

Anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan ak.ibat masa.lah buah pinggang kron.ik di pusat perubatan..

Berita itu dimaklumkan isterinnya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

Menerusi foto Ismail yang di muat naik, anna juga meluahkan rasa syukur kerana pembe.dahan itu berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu.

“Alhamdulillah pembe.dahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anna Hana (@anna_danisha)

Menerusi hantaran di Insta Story miliknya pagi tadi, Anna memaklum Ismail kini sudah boleh tersenyum dan makan.

“Terima kasih semua yang dah mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” coretnya.

Terdahulu, Ismail Rifqi, 8 bulan dimasukkan ke hospital pada awal September lalu kerana tidak sihat. Bagaimanapun selepas itu doktor mengesahkan Ismail hanya memiliki satu buah pinggang sejak dilahirkan.

Terdahulu

Anak Jalani Pembe.dahan Buah Pinggang Pagi Ini, Shahrol Shiro Mohon Doa

Pelawak Shahrol Shiro memohon agar semua mendoakan urusan pembeda.han buah pinggang anak keduanya, Ismail Rifqi.

Shahrol ketika dihubungi Gempak berkata, prosedur pembed.ahan akan bermula pada jam 9.30 pagi ini di Pusat Perubatan Sunway, Johor Bahru.

“Saya cuma berharap urusan pemb.edahan Ismail dipermudahkan. Tiada apa yang saya harapkan, cuma doa yang baik-baik daripada anda semua,” katanya.

Shahrol berkata, tarikh pembe.dahan ini juga sudah dijadual lebih awal sejak Ismail dimasukkan ke hospital tempoh hari.

“Selepas berbincang dengan doktor dan mengambil kira beberapa faktor saya dan isteri bersetuju untuk melakukan pemb.edahan demi menyelamatkan buah pinggang Ismail.

“Ismail hanya memiliki satu buah pinggang dan ia membengkak kerana 80 peratus salurannya tersumbat.

“Pembe.dahan perlu dilakukan untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.

Ditanya mengenai kos pemb.edahan, Shahrol berkata ia dianggarkan sekitar RM30,000 hingga RM40,000 bergantung kepada keadaan Ismail.

Dalam pada itu Shahrol berkata dia reda dengan ujian dari Allah SWT ini.

“Saya reda. Saya bersyukur kerana isteri saya seorang ibu dan wanita yang kuat. Kalau tidak kerana semangat daripada dia, saya juga tidak mungkin sekuat ini.

“Kepada yang mendoakan Ismail daripada awal, terima kasih daripada saya dan isteri. Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian semua,” katanya.

Ismail Rifqi, 8 bulan dimasukkan ke hospital pada awal September lalu kerana tidak sihat. Bagaimanapun selepas itu doktor mengesahkan Ismail hanya memiliki satu buah pinggang sejak dilahirkan.

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *