
Selepas seminggu melahirkan anak ketiga, pelakon Izreen Azminda berkongsikan nama bayi lelakinya itu kepada peminat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Izreen memaklumkan anaknya itu diberi nama Ali Idrees Muhammad Radzi. Dalam entri tersebut, Izreen turut memuat naik gambar Ali namun masih belum mendedahkan lagi wajahnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Izreen selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 21 September lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
Ini adalah anak kedua Izreen bersama suaminya yang juga pemuzik bebas, Ude selepas dikurniakan cahaya mata pertama Aaron Ibrahim kini berusia dua tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen mempunyai seorang cahaya mata Muhammad Adrian Umar kini berusia tujuh tahun.
Ude juga memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4, hasil perkahwinan terdahulu bersama Intan Saleh.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.
Sumber: Gempak