“Awk thu ke impian seseorang..” Yuni sound netizen Selepas dapat Surprise dri suamin.. -baik prgi mekah

Seorang ibu hamil berusia 19 tahun yang tular baru-baru ini kerana mengidam memiliki akan sebuah kereta mewah Lamborghini kini gembira apabila akhirnya telah mendapatkannya.

Wanita yang dikenali sebagai Ayunie itu dikejutkan oleh suaminya selepas Lamborghini berwarna kuning bernilai RM3 juta yang diidamkan itu selamat sampai dirumahnya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik ke akaun TikTok tersebut, isterinya yang melihat kewujudan kereta tersebut terus meloncat keriangan dan terus memeluk suaminya.

Dalam video tersebut suaminya memberitahu kereta tersebut sudah lama dibelinya namun perlu menunggu masa yang lama untuk kereta tersebut sampai.

Dilihat juga Ayunie yang teruja menuju ke kereta itu dan sempat bergurau dengan menyatakan bahawa akhirnya bayi dalam kandungannya sudah dapat apa yang dia mahukan.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan telatah suami isteri tersebut selain menyatakan kereta tersebut merupakan rezeki anak.

Namun, terdapat juga netizen yang menganggap video tersebut hanyalah content marketing mereka semata-mata serta mendakwa kereta tersebut hanya disewa oleh lelaki tersebut.

“Wah lakonan mantap, buat-buat tak tahu demi content,” kata salah seorang netizen.

Dalam pada itu, Ayunie yang merupakan adik kandung Iqbal Zulkefli iaitu yang sedang hangat dikaitkan dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida itu akui turut menerima kecaman lain.

Dalam Insta Story miliknya, Ayunie memberitahu dia menerima komen mengenai netizen yang mempersoalkannya lebih baik menunaikan ibadah di Mekah daripada membeli kereta mewah itu.

“Dari beli kereta baik pergi Mekah,” antara komen yang dikongsikan.

Pun begitu, Ayunie yang merupakan pengasas produk kecantikan itu mempunyai jawapannya tersendiri.

“Dari hari itu saya teringin sangat nak bawa satu keluarga besar ke Mekah. Itu impian saya pada keluarga.

“Dari segi kewangan memang saya dah simpan khas, tapi keadaan sekarang yang tak mengizinkan.

“Kalau beli kereta tak boleh pergi Mekah ke? Saya harap sebelum komen fikir dulu orang tu siapa sebelum kita judge..kita takt ahu impian orang lain kan,” jelasnya.

Sebelum ini tular video Ayunie membawa suaminya ke galeri kereta untuk menunjukkan Lamboghini yang diidamkan. Ayunie ketika itu memberi alasan anak dalam kandungannya yang mahu dan dia mengidam untuk memiliki kereta mewah tersebut.

Namun, menurut suaminya, pembelian kereta tersebut dilihat membazir dan hanya akan membuat pembelian jika video tersebut mendapatkan 100,000 tanda suka.

Terdahulu

“Lama Dah Beli” G4dis Viral ‘Meng1dam’ Lamb0rghini, Akhiirnya Suami Tun4ikan J4njiBagi seseorang wanita yang sedang meng4ndung, kadang-kadang itu mesti akan ada benda yang mereka ‘meng1dam’. Apa yang diidamkan tu baik daripada makanan, sampailah ada sesetengah k3s itu mahukan benda yang susah ditemui mahupun mahal.Pada awal bulan lalu, seorang wanita dikenali sebagai Ayuni telah viral apabila dia dikatakan ‘mengidam’ kereta mewah.Mengidam Lamborghini Sesiapa yang mengikuti kisah ini, mesti tahu dengan cerita bahawa usahawan muda yang sedang meng4ndung ini mahukan kereta mewah Lamborghini dengan alasan bahawa baby dalam kandvngannya yang mengidam.Dalam video yang tular sebelum ini, Ayuni bersama suaminya telah pergi ke sebuah pusat pameran kereta mewah untuk melihat kereta yang diidamkan itu. Dia juga telah mer4yu kepada suaminya dengan seolah mengatakan bahawa nilai RM 3 juta untuk kereta tersebut masih mampu diperolehi mereka.

@ayunieso24Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli 😭😭 yuni mengidam sangat 😭😭😭 #fyp

♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl

Tak nak isteri kesayangan kec3wa, suami yang bernama Ahmad Weldan itu meletakkan syarat supaya video mereka itu mendapat 100k likes baru dia belikan kereta itu untuk isterinya.

Suami Yuni pen1pu!

Selepas beberapa hari, video berkenaan telah mencapai target yang ditetapkan oleh suami Ayuni. Namun wanita berusia 19 tahun itu kata suaminya mvngkir janji yang dah dibuat.

Oleh sebab itu, Ayuni jadi mer4juk dengan suaminya sampai siap kata bahawa lelaki tersebut pen1pu.

@ayunieso24suami yuni penipu 😭😭 taknak kawan diaaa !!!

♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??

“Alhamdulillah rezeki 6 bulan berniaga”

Akhirnya! Setelah hampir sebulan, si suami berjaya untuk menghadiahkan kereta ‘idaman’ isterinya itu.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik, menunjukkan Weldan nak buat surprise untuk isteri tercintanya itu. Dalam video tersebut, dia memanggil Ayuni untuk keluar rumah namun kedengaran seperti dia tak mahu ikut permintaan suaminya itu.


Posting video berkenaan telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 1 juta views di TikTok.

Akhirnya dapat juga kereta diidam pada usia muda ye. Min doakan sesiapa yang berniaga tu ada rezeki untuk dapat apa yang diidamkan. Goodluck!

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: Gempak via RoseMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *