“Sya kecewa, sya rasa dbuli..” – Elizabeth Luah Prasaan sedih apabila dia dlengah-lengahkan..

PETALING JAYA – Ibarat digan.tung tidak bertali, Elizabeth Tan terpa.ksa menunda rakaman single baharu sehingga isu penamatan kontrak dengan Warner Music Malaysia yang sepatutnya berakhir secara rasmi Februari lalu masih belum mencapai kata putus.

Ke.cewa dengan masal.ah dalaman yang berlanjutan sejak lebih setahun lalu, Elizabeth berasakan dirinya seperti menjadi mang.sa bu.li syarikat rakaman berkenaan, sementelah notis guaman yang dihantar juga tidak pernah mendapat sebarang maklum balas daripada Warner.

“Saya tak nak cakap buruk. Apa yang boleh saya katakan perasaan saya sekarang macam kena bu.li kerana Warner belum beri surat hitam putih mengatakan saya sudah ‘dilepaskan’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

“Selagi kemelut ini masih belum diselesaikan, saya tak boleh meneruskan pelbagai projek yang sudah dirancangkan termasuk menerbitkan lagu baharu yang sepatutnya sudah dirakamkan.

“Saya pun tak pasti mengapa perkara ini dilengah-lengahkan. Proses untuk keluar secara rasmi tampak sukar andai syarikat rakaman itu terus mendiamkan diri.

“Biarlah keadaan tenang dulu baharu saya masuk studio. Biarpun pihak peguam saya sudah menghantar surat kepada mereka, tetapi tidak dilayan. Jadi, saya tangguhkan dulu proses penghasilan single,” katanya.

Kali terakhir penyanyi yang mula meraih perhatian sebagai YouTuber itu tampil bersama lagu baharu adalah pada Disember 2019 menerusi single SHH ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Terdahulu, Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei, 28, yang popular dengan lagu Knock Knock mengikat kontrak bersama Warner Music selama tiga tahun. Difahamkan kontrak tersebut tamat pada Februari 2021.

Susulan ketergantungan isu kontrak, penyanyi ygng selesa disapa Lizzy itu memberi laluan karier seninya terhadap lakonan. Sehingga kini, jadual penggambarannya sudah padat sehingga akhir tahun.

LIZZY bakal muncul sebagai pegawai po.lis yang dalam drama bersiri Gerak Khas Undercover.

Lebih istimewa, Lizzy juga teruja menunggu siaran drama bersiri terbaharu lakonannya membabitkan 30 episod, Gerak Khas Undercover yang akan memulakan siaran menerusi TV3 pada Jumaat ini.

Menerus siri terbaharu itu, Lizzy membawakan watak inspektor polis yang menjalankan tugas peny.amaran.

“Sebenarnya saya seronok bawa aksi lasak. Ada lebam sedikit, tiada masalah pun sebab apabila kita teruja dengan hasil ditunjukkan, semua kesan itu berbaloi,” katanya lagi.

Selain Lizzy, naskhah berkenaan turut membariskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Raja Afiq.

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *