“Tapi kalau ada jodoh, adalah..” Fify Azmi Ded4h Hubungan Sebenar Dia Dengan Sharnaaz Ahmad

“Sejujurnya Sharnaaz Ahmad merupakan seorang ‘celebrity crvsh’ saya dalam bidang lakonan. Saya perlu akui perkara itu.”

Itu jawapan yang diberikan oleh pelakon cantik, Fify Azmi mengulas d4kwaan kononnya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.

Fify atau nama lengkapnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, ketika ditemu bual dalam program Melodi sebentar tadi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon tersebut seperti yang did4kwa net1zen.

“Biasalah net1zen. Tapi sejujurnya daripada mulut saya sendiri, kami hanya berkawan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

“Kalau nak tahu, saya selalu bertanyakan pendapat dan meminta tips lakonan daripada Sharnaaz. Dia (Sharnaaz) merupakan seorang yang suka membantu dan banyak memberikan tunjuk ajar lakonan kepada saya,” kata Fify.

Tanpa berselindung, pelakon yang pernah membintangi drama Ratu Ten Pin itu turut mengakui bahawa Sharnaaz atau lebih mesra disapa Mamu merupakan salah seorang pelakon lelaki yang menjadi idola (crush) yang diminatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

“Bila kita berkawan dengan idola kita sendiri, banyak soalan yang kita nak tanya dan dia banyak membantu saya. Terima kasih Sharnaaz,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fify turut berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menvtup mulut netizen tentang isu tersebut. Namun pada masa sama, dia tidak menol4k seandainya mempunyai jodoh dengan pelakon tersebut.

“Tapi kalau ada jodoh, adalah,” ujar wanita berusia 31 tahun itu ringkas.

Ditebak tentang kriteria yang diinginkan daripada ‘bakal jodohnya’ nanti, Fify berkata dia masih belum pasti tentang perkara tersebut.

“Saya tidak pasti sebenarnya. Saya seorang yang ringkas. Kalau seseorang itu boleh membimbing saya, itu sudah cukup baik.

“Kalau individu berkenaan boleh memimpin saya, itu sudah cukup baik. Membimbing daripada sudut keluarga dan keagamaan.

“Jadi doakanlah saya yang baik-baik,” katanya.

Sekadar info, nama Fify sebelum ini pernah menjadi bualan apabila did4kwa meminati kaum sejenis (lesbi4n) gara-gara sering melakonkan watak l4sak dengan imej berambut pendek.

Fify bagaimanapun menepis d4kwaan tersebut dan bertegas, dia masih wanita sejati dan mempunyai hati serta n4fsu terhadap lelaki.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *