“Ya Allah Banyknya Brdrah Mata Anak Mama” – Ibu prank ank krna selalu brmain telefon.. ‘tknk tngu abh blik’

Seorang wanita terpaksa menggunakan helah bagi membendung anaknya yang berterusan bermain telefon bimbit tanpa menghiraukan pesanan kedua ibu bapa.

Bila dipesan tak peduli

Seperti sebuah video di laman TikTok, dikongsi seorang wanita menceritakan taktik yang dilakukan olehnya bagi mengubati ket4gihan anaknya terhadap telefon bimbit. Difahamkan, dia sebelum ini, sudah memberi ‘pesanan’ kepada anaknya namun, pesanan tersebut sama sekali tidak diendahkan.

Bila mama dan ayah pesan, tak dipeduli. Hari ini mama kerjakan! Kita tunggu dia bangun macam mana. Calit-calit gincu dekat mata dia. Sebab sebelum ini, mama dah pesan mata akan berdarah kalau tengok telefon bimbit tanpa henti.

Difahamkan, si ibu bertindak mencalit mata anaknya menggunakan gincu ketika si anak sedang nyenyak tidur. Apa yang lebih melucukan, apabila melihat reaksi kanak-kanak kecil ini yang ketakutan berikutan kelopak matanya yang berwarna merah.

Masa ini dia dah sedar apa terjadi dekat diri dia. Sebelum ini, kami berlakon terkejut tengok dia dan bagi dia tengok cermin, mer4ung, melompat terus dekat mama. Tak sempat nak rakam. Mama acah-acah kasi dia takut berlakon kan kena real kan.

Wanita ini pada masa yang sama, sempat memujuk anaknya untuk dibawa ke klin!k namun, pelawaan tersebut telah ditolak oleh anaknya.

Mama buat ini sebab mama sayang abang. Nanti mama ganti dengan mainan ya sayang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi kanak-kanak ini dan pada masa yang sama turut menceritakan pengalaman mereka dalam mengendalikan anak-anak kecil yang ketagih akan telefon bimbit.

Video penuh:

@thechanteqBila mama & ayah pesan,tak dipeduli. 🐼 ari ni mama kerjakan! kita tgu dia bangun mcm mana #padanmukakau #kasirasa♬ janji putih – im her

@thechanteqsambungan kemarin. Alhamdulillah nampaknya bhasil #BukanBuli #kasiajarsamainibudak #kasirasa #trythis♬ original sound – My Spring Lullaby

Lepas ini serik dah!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *