“Dia nmpak brsungguh untuk mghalalkn..” – DSV Pula Kena Tarbiah Dengan Peminat? ‘Isu Makin Tegang’

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida sekali lagi dike.cam netizen apabila ramai yang menganggap dia telah mempermainkan perasaan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

Kec.aman itu susulan pende.dahan yang dibuat Iqbal mengatakan dia menerima layanan yang kurang menyenangkan daripada Vida.

Malah, dedah Iqbal dia pernah dibuang kerja daripada syarikat Vida sebelum dipanggil semula bersama tawaran rumah banglo bernilai RM2 juta dan kereta mewah.

Susulan itu, ramai ‘penyokong’ Iqbal tampil mening.galkan komen, memar.ahi Vida di beberapa posting Instagramnya.

“Bila nak kahwin ni, kenapa buat Iqbal macam tu. Nampak sangat dia bersungguh-sungguh nak awak. Tapi dia seperti diperle.kehkan, tak faham la kami artis ni semua benda buat main-main”.

“Sedihnya baca story Iqbal”.

“Datuk solat istikharah, minta petunjuk,” tulis beberapa netizen.

Difahamkan, Vida sebelum ini didak.wa pernah memaklumkan kepada kakitangan dan rakannya mengenai sikap Iqbal yang dikatakan suka meminta-minta.

Lebih tegang apabila Vida difahamkan pernah melakukan kekerasan terhadap Iqbal kerana cem.buru.

Sekadar info, Iqbal dan Vida menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sejak beberapa minggu lalu apabila kedua-dua mereka dikatakan bakal berkahwin.

Pun begitu, hubungan cinta Iqbal dan Vida dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.

Sabtu lalu, Iqbal memaklumkan dia tidak lagi mema.ksa Vida untuk mendirikan rumah tangga dengannya.

Menurut Iqbal, keputusan itu dibuat demi menjaga mar.uah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *