“Rsa nk muntah tngok rumah sndri..” – Syatilla Akui ‘melugai’ Apabila Lihat Rumahnya..

Lain orang lain alahan ketika mengan.dung, begitu juga pelakon Syatilla Melvin yang berdepan alahan pelik pada keham.ilan kali ini.

Kongsi Syatilla menerusi hantaran di Instagramnya, dia akui berasa lo.ya apabila melihat rumahnya sendiri.

“Kali ini mengandung, saya mabuk dan melugai (berasa lo.ya atau hendak mun.tah). Saya melugai dengan benda yang terlalu suka buat.

“Nak tahu apa? Saya tidak boleh tengok rumah sendiri. Ya Allah, rasa nak mun.tah bangun pagi tengok rumah sendiri,” katanya.

Padahal, aktiviti menghias rumah biasanya menjadi kelaziman dan kegemarannya sebelum ini.

“Barang-barang rumah yang saya deco semua tak boleh pandang. Matilah macam ni Ya Allah.

“Shaheizy Sam takkan kena tidur hotel sampai beranak?” tambahnya.

Begitupun, perkongsian Syatilla mendapat respon daripada suaminya, pelakon, Shaheizy Sam yang bun.tu dengan situasi berkenaan.

“Apa patut buat? Bubu kata dia tak nak balik rumah pasal dia nak mun.tah tengok rumah. Pelik-pelik orang mengan.dung ni.

“Aku yang ngandung dah lebih dua tahun dah, tak pernah complaint pun,” kata Sam berseloroh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Situasi alahan yang dialami Syatilla itu turut dialami beberapa pengikutnya di Instagram.

“Samalah, sekarang duduk rumah mak je ni. Balik rumah sendiri tengok pintu pagar pun loya nak mun.tah dah,” kata @fatinxiouyu77.

“Saya tak boleh tengok bahagian dapur rumah, tak boleh bau bawang dan bau tumisan makanan dan tak boleh masak. Dah 4 bulan macam ni, makan pun tak berapa selera,” kata @mrs_azyla.

“Kawan saya masa mengandung asyik mengidam nak makan nasi rumah orang. Dia kata sedap sangat, kalau rumah dia tak boleh makan,” tambah @n4nieyh4w4.

Bagaimanapun, ada yang menganggap situasi berkenaan cuma dalam tempoh tiga bulan pertama kehami.lan sahaja dan akan kembali normal selepas ini.

Jumaat lalu, pasangan itu berkongsi berita keha.milan anak ketiga mereka kepada umum yang kini memasuki usia sebulan.

Syatilla sebelum ini pernah mengalami kegug.uran sebanyak tiga kali dan itu merupakan keha.milan keenamnya.

Kali terakhir Syatilla kegu.guran pada bulan April lalu, ketika usia kandungannya lapan minggu.

Sebelum ini, Syatilla kegug.uran kali pertama sebelum hami.lkan anak sulung mereka dan kali keduanya sebelum mengan.dung anak kedua.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 itu dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2 tahun.

Komen Netizen: 

Cari jap hotel yg package murah2 utk duduk bebulan💆🏻‍♀️”

 “Bubu nanti adek nak keluaq adek habaq 😂😂😂😂😂tak sabaq nak tendang peqot bubu👀👀👀”

 “Sam kena ubahsuai rumah..tukar cat warna lain…haha bubu tu pembawakan budak namanya..”

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *