Caprice Tunai Janji, Jumpa Sharnaaz Lepas Habis Kuarant!n

Salah faham yang tercetus di antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan penyanyi rap, Caprice selesai apabila mereka sudah bersua muka. Dalam hantaran pendek yang dibuat Caprice di Instagram, dia dan Sharnaaz dilihat duduk semeja dan berbual rancak.

Walaupun hantaran hanya disertakan kapsyen emoji berbentuk hati, netizen merasakan hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Malah, netizen turut memuji sikap profesional kedua-dua selebriti tersebut dalam menangani masalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, ke.coh di media sosial pertelingkahan di antara Sharnaaz Ahmad dan Caprice. Isu mula timbul apabila Sharnaaz dikatakan menyindir Caprice yang baru pulang dari Jordan dalam sesi live di Instagram bersama Shukri Yahya.

Memberi res.pon kepada sindiran itu, Caprice menganggap pelakon tersebut hanya berani dari jauh. Dia turut mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sotong, satu karakter yang pernah dilakonkannya menerusi drama rantaian, Suamiku Encik Sotong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Berang die.jek, Sharnaaz mencabar Caprice untuk bertemu memandangkan dia sudah kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, penyanyi rap itu tidak dapat berbuat demikian kerana masih berada dalam kuarantin.

Tidak lama selepas insiden itu, Sharnaaz bersikap matang apabila memohon maaf secara terbuka kepada Caprice dan menganggap gurauan.nya selama ini agak melam.pau.

Sebagai orang yang lebih dewasa, pelakon tersebut berkata dia akan menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Sekadar Perkongsian Dan jangan Lupa Komen yang Baik Baik Sahaja.TQ

Kredit: Caprice

Sumber:ohmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *