Isu ‘Melal4k’ Minta Bantuan Di Sosial Media, Ini Komen Padu Sherie Merlis

Selepas berdepan dengan situasi yang agak get1r apabila adik perempuannya positif C0VlD-l9 bulan lalu, pelakon Sherie Merlis akhirnya menarik nafas lega apabila seisi keluarganya kini berada dalam keadaan sihat.

Menurut Sherie, 49, dia juga telah kembali bekerja seperti biasa selepas kerajaan membenarkan industri kreatif untuk menjalankan aktiviti penggambaran dengan prosedur operasi standard yang ketat.

“Alhamdulillah, semuanya telah kembali pulih dan keadaan ibu saya yang menghidap Alzh3imer juga sudah semakin baik.

“Saya juga sudah kembali bekerja sementara ada pembantu perubatan yang datang untuk memantau keadaan ibu saya. Apa yang boleh saya katakan, segalanya dalam keadaan terkawal,” katanya kepada Gempak.’

Sungguhpun begitu, Sherie mengakui agak terkejut apabila melihat ada dalam kalangan netizen yang meny1ndir dirinya selepas dia memuat naik video meminta bantuan tempoh hari.

“Ketika menguruskan keluarga pada waktu itu, saya memang tidak mempunyai masa untuk memegang telefon bimbit. Justeru, apabila membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, saya berasa terkejut apabila isu saya meminta bantuan dipandang sinis oleh sesetengah pengguna laman sosial.

“Ada yang memberi contoh bahawa mereka juga dij4ngkiti C0VlD-19 dan berada dalam keadaan baik sungguhpun terpaksa duduk di rumah. Mereka juga berpendapat saya tidak perlu mel4lak meminta tolong seperti apa yang saya lakukan di media sosial.

“Sejujurnya, kita mempunyai hak untuk meminta tolong. Jika kita sentiasa okay, memang tidak akan ada perubahan. Kita juga mempunyai hak untuk terus sihat baik dari segi mental mahupun fizikal.

“Saya tidak menuding jari salahkan KKM, cuma dengan penerangan yang betul, kita bukan sahaja dapat menyelamatkan ny4wa, tetapi juga keadaan,” kata pelakon I-Tanggang itu lagi.

Terdahulu, menerusi muat naik di Instagram, Sherie dilihat merayu kepada pengikutnya untuk memberikan cadangan selepas buntu mendapatkan pusat kuarantin bagi adik perempuannya yang dijangkiti C0VlD-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherie Merlis (@sheriemerlis)

Sherie berbuat demikian kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya termasuk ibu dan bapanya serta enam lagi kanak-kanak yang menetap di lokasi yang sama.

Tindakan Sherie membuahkan hasil selepas KKM datang dan membawa adiknya ke pusat kuarantin untuk pesakit C0VlD-19.

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sajaha Okey.

Sumber: WanNetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *