“Duit tk dpt beli kesihatan..” – Bnda Rozita Ddah keadaan Trkini Ibunya, dn Bnda jgk Ada Mntk Sesuatu Dri netizen..

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim mengakui dirinya berasa amat se.dih kerana sehingga kini dia sekeluarga masih lagi belum dibenarkan untuk bertemu dengan ibunya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan aki.bat dijang.kini vi.rus Co.vi.d-1.9.

Menurut Rozita, antara yang turut sama menza.hirkan rasa sed.ih termasuklah anaknya yang juga merupakan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri.

Katanya lagi, selepas berjumpa dengan doktor pakar, Aliff merupakan individu yang paling se.dih lebih-lebih lagi selepas mengetahui mengenai perkembangan terkini melibatkan tahap kesi.hatan nenek kesayangannya itu.

“Datang jauh-jauh berkumpul di hotel kuala pilah dekat 40 orang anak dan cucu, tapi begitulahkan zaman Co.vi.d-19 tak dapat masuk pun. Me.rayu kami nak tengok nenek yang ditidurkan

“Kesian Kri @aliffsyukriterlajaklaris lepas jumpa doktor pakar tadi, bertalu-talu dia tanya ‘nenek saya ada harapan tak?’
‘Ada tak ubat yang boleh sembuhkan bangunkan nenek saya’,” tulisnya.

Khabar duka itu dikongsikan oleh Rozita menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Rozita turut memaklumkan perkhabaran ini sememangnya agak sukar terima oleh Aliff memandang dia merupakan antara cucu kesayangan ibunya itu.

“Cucu KESAYANGAN penghibur nenek datang dengan air mata. Indah dan ikhlasnya Kri. Payah cari cucu sebaik Kri. Sede.gil-de.gil Kri dia lah sangat menjaga neneknya dari duit dan perhatian.

“Susah dia nak menerima kenyataan hakikat keadaan neneknya begitu. Saya tak tahu nak tulis kapsyen apa.

“Selamat senja yang merah doakanlah mak saya Aminah Satar untuk bangun kembali,” kongsinya lagi.


Dikesempatan itu juga, Rozita turut memohon jasa baik orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar ibunya dapat kembali pulih seperti sedia kala.

Awal pagi tadi, Pengasas Jamu Ratu Malaya ini memaklumkan ibunya kini berada dalam keadaan yang kri.tikal dan terpa.ksa ditidurkan selepas tahap oksi.gen menurun ke paras 70 peratus manakala paru-parunya pula dipenuhi air.

Atas nasihat daripada pihak, ibunya itu tidak dibenarkan untuk dipindahkan ke hospital swasta diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami di Media Hiburan, turut sama-sama mendoakan semoga segala urusan melibatkan ibu kepada Rozita akan sentiasa dipermudahkan.

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: MediaHriburan via Instagram Bonda Rozita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *