“Tk mnjakn ank dgn..” – Wawa Zainal Dedah Tk Prnah Bagi Lebih..

Pelakon Wawa Zainal berkata dia tidak pernah memanjakan anak-anak dengan wang ringgit malah membenarkan anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil untuk menceburi bidang lakonan.

Menurut Wawa, jika anak-anaknya inginkan duit lebih mereka perlu bekerja keras. Ujarnya, dia dan suami, Aeril Zafrel tidak pernah biasakan anak untuk dapat apa yang dimahukan.

“Kami (dia dan Aeril) tak pernah manjakan anak. Kalau mereka nak sesuatu nak beli itu ini, kami tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang-senang dapat segala-galanya. Kalau dia nak, dalam sebulan, saya akan bagi peruntukan RM100.

“Kalau dia rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri. Hayla pun terfikir nak berlakon sebab neneknya selalu bergurau cakap pergilah berlakon nanti bagi nenek duit sikit, bergurau macam itu,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa berkata projek lakonan sulung anaknya itu masih belum muktamad lagi kerana memikirkan bakat Hayla perlulah diasah terlebih dahulu.

“Projek lakonan yang dia mungkin terlibat masih belum muktamad. Saya tak nak menyu.sahkan kru dan pelakon-pelakon lain di set penggambaran.

“Kalau bakatnya boleh diasah, mengapa tidak. Sebulan sebelum penggambaran, saya akan panggil ‘acting coach’. Kalau lepas itu dia okey, silakan. Kalau rasa tak boleh, kita tarik diri,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi satu perkongsian Wawa berkata Hayla akan terlibat dalam satu drama bergandingan dengan pelakon Syukri Yahaya, Nabila Huda, Amerul Affendi dan Adlin Aman Ramli.

Kata Wawa lagi, Hayla sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi membeli aksesori Toca Boca.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber Rotikaya via Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *