Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung, Rupanya Ini Sebabnya..

BUSANA yang dipakai seorang gadis yang lengkap dengan turban direka begitu kreatif, ibarat menghadiri acara karpet merah.

Bukan di majlis fesyen, penampilannya tetap anggun menggayakan busana dengan perin.cian ma.nik, berlatarkan binaan ikonik Terengganu iaitu Jambatan Angkat di Kuala Terengganu.

Namun cuaca mendung menimbulkan kebimbangan ramai, ga.ra-ga.ra busana yang diperbuat daripada kertas surat khabar itu dikhuatiri rosak dibasahi hujan.

Pereka busana unik itu merupakan kakak kepada model iaitu Attiya Balqist Asha’ari yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Fesyen (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

Lebih mesra disapa Attiya, katanya, busana tersebut mengambil masa empat hari untuk disiapkan, dilengkapi dengan turban dan beg ‘clutch’ yang boleh digunakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurutnya, rekaan tersebut dihasilkan untuk Pertandingan Reka Fesyen 3R Dalam Talian ‘Waste Is Amazing Paper Couture’ bertemakan ‘Trash to Glam’ anjuran Alam Flora, sambil menambah dia menggunakan surat khabar lama seberat 6 kilogram (kg).

“Saya tak sangka video yang merakamkan adik sebagai model menggayakan busana rekaan saya itu menjadi viral selepas dia kongsi di akaun TikTok.

“Busana tersebut direka untuk pertandingan yang disertai saya dengan rekaan perlu menggunakan kertas seperti surat khabar,” katanya kepada mStar.

busana suratkhabar 3 B

Perincian manik di bahagian turban dan beg clutch.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata, busana yang direka berkonsepkan evening wear dan mus.limah yang sering dipakai pada malam gala dan acara karpet merah.

“Bagi penampilan lebih mewah, saya padankan dengan turban berperin.cian manik, termasuk beg clutch yang boleh digunakan, diperbuat daripada kotak bungkusan cereal, beserta butang magnet.

“Rekaan baju ini mendapat inspirasi daripada gambaran seperti api menerusi lilitan pada badan, serta penggunaan warna merah dan oren,” katanya sambil menambah busana turut disertakan pelitup muka yang turut diperbuat daripada kertas surat khabar.

busana suratkhabar 6

Attiya (kiri) bersama model menyertai satu pertunjukan fesyen menggunakan barang terbuang.

Menurut anak kelahiran Kuala Terengganu itu, busana berkenaan mempunyai beberapa panel pada keseluruhan badan dengan lapisan kira-kira empat helai kertas surat khabar.

“Pada sebahagian di dalamnya saya menggunakan lapisan kain bagi memudahkan jahitan untuk mencantum kesemua panel. Kalau ja.hit terus pada kertas nanti koyak.

Bagi penampilan lebih mewah, saya padankan dengan turban berperincian manik, termasuk beg clutch yang boleh digunakan, diperbuat daripada kotak bungkusan cereal, beserta butang magnet

ATTIYA BALQIST ASHA’ARI

“Kain digunakan untuk memudahkan pergerakan, menjaga ketahanan kertas selain memelihara sensitiviti kulit kerana surat khabar mengandungi bahan kimia seperti karbon,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Siapa sangka pelajar jurusan fesyen ini turut berpengalaman menyertai beberapa pertandingan seperti kostum sukan futuristik, inovasi rekaan beg wanita untuk umrah dan haji, pertandingan Road to Milan termasuk pertunjukan fesyen daripada barang terbuang.

busana suratkhabar 5

Ketika menyertai pertanding inovasi menghasilkan beg wanita untuk umrah dan haji.

Attiya yang pernah menghasilkan busana daripada plastik sampah berkata, bahagian paling mencabar untuk dihasilkan adalah lengan kerana jahitan di bahagian dalam memerlukan penelitian lebih rapi bagi mengelakkan kertas daripada ko.yak.

Tambahnya, busana yang membabitkan kos kurang daripada RM30 itu tidak boleh terkena hujan atau dibasahi air serta tidak boleh duduk kerana dikhuatiri kertas akan terlipat.

“Saya tahu ramai yang risau tengok adik saya peragakan baju tu ketika cuaca men.dung. Sebenarnya masa tu baru selepas hujan,” jelasnya sambil menambah bahagian bahu baju diletak menggunakan gam esktra kuat.

busana suratkhabar 4

Busana rekaan Attiya menggunakan plastik sampah.

Masih menyertai pertandingan berkenaan, Attiya yang turut berpengalaman sebagai jurusolek (MUA) dan pelukis inai membayangkan pelakon dan pengacara Mira Filzah sebagai selebriti yang paling sesuai menyarung.kan busana mesra alam sekitar itu.

“Saya melihat Mira Filzah kerana penampilannya yang ber.hijab sesuai dengan konsep busana muslimah yang saya ketengahkan selain berbadan kecil. Itu sekadar gambaran saya,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *