[VIDEO] “Olohh Besarnyo..” – Tular video buaya bersidai di muara Sungai Linggi..

PORT DICKSON – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan akan menyia.sat kesahihan video yang tular di media sosial berkenaan lokasi buaya bersaiz besar yang didak.wa di muara Sungai Linggi.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung penemuan buaya berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, lokasi sungai berkenaan sememangnya merupakan habitat bagi buaya tersebut dan bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan.

“Buat masa ini kita tak pernah terima aduan berikutan terserempak dengan buaya atau ternampak buaya bersidai di sungai berkenaan adalah perkara biasa buat penduduk setempat.

“Bagaimanapun, berdasarkan kajian pihak Perhilitan, buaya di Sungai Linggi merupakan buaya jenis tembaga,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Wan Mat berkata, buat masa ini pihaknya masih belum mempunyai data saiz buaya terbesar yang pernah ditemui di Sungai Linggi.

“Namun begitu saiz buaya sentiasa membesar dan tiada had serta anggaran umur seekor buaya juga boleh mencapai hingga ke usia 50 tahun,” katanya.

“Apa pun orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati sekiranya berada di habitat buaya.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat membabitkan rakaman seekor buaya yang bersadai di pasir sungai berkenaan.

Video: 

Perakam sempat meluahkan rasa terkejutnya melihat saiz buaya berkenaan.

“Buaya tengah bersadai ni… Gemuknya… Ya Allah besarnya,” katanya.

Komen Netizen:

Paling di takuti buaya di darat..😄

Olohhhh besorrrnya😱😱

Besor boh👋 ni konpem diorang tido auto masuk dalam mimpi😅

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: K! ONLINE via YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *