“Mira Filzah bakal digvgurkn..” – Bru tayang Episod Prtama, Ganti Uqasha Senrose?

Baru je episod pertama The Hotel ditayangkan, dah ada ura-ura yang Mira Filzah bakal digugurkan pada musim kedua nanti,

Ia mula kecoh selepas penerbit drama itu sendiri, Michael Ang mendedahkan Uqasha Senrose akan menjadi pelakon utama bagi musim kedua.

Foto: IG

“Drama The Hotel ini ada konsep tersendiri. Untuk musim pertama memang Mira pegang watak utama tapi musim kedua nanti Uqasha pula.

“Tapi bukan bermaksud saya matikan watak Mira. Tapi memang konsep macam itu. Untuk musim kedua penghuni baru pula masuk. Jadi watak orang lain pula.

“Untuk musim kedua akan ada kaitan dengan pertama tapi jalan cerita yang berbeza. Pelakon pekerja hotel saja akan ada di musim kedua,” kata Michael kepada mStar.

Dalam masa yang sama, Mira melalui IG juga ada memberitahu yang dia tak terlibat dalam The Hotel musim kedua.

“Kejutan, Mike pun dah beritahu dekat IG Live dia tadi. Ada The Hotel musim kedua, diterajui oleh Uqasha Senrose. Mira masih lagi ada baki beberapa hari nak habiskan The Hotel musim pertama.

“Kemudian siapa yang terlibat dari musim pertama akan sambung terus musim kedua bersama barisan pelakon baru.”

Sementara itu Micahel ada memberikan komen tentang Mira yang dikatakan tak sesuai membawa watak dalam drama itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Saya ada terbaca juga beberapa komen mengenai watak Mira itu. Katanya watak itu tak sesuai dengan Mira. Tapi bagi saya, Mira sudah lakukan yang terbaik.

“Sebab memang saya nak wujudkan watak seorang perempuan baik tapi sebenarnya psiko. Mira berjaya membawa watak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: Cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *