‘Menyibvk! Aku tak sh00ting kau pula yang pan4s’ Ini Komen Padu Rita Rudaini

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Rita Rudaini hairan dengan sikap segelintir netizen yang masih gemar menjaga tepi kain orang terutama berhubung pendiriannya sanggup melepaskan tawaran lakonan disebabkan enggan mengambil v4ksin c0vld-19.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pelakon berusia 45 tahun itu turut menempelak sikap golongan netize yang asyik mengaitkan nama dengan isu v4ksin. Dia turut menggelarkan netizen sedemikian sebagai ‘ment4l’.

“Aku hairan ramai yang tak senang dengan aku. Kalau aku tak sh00ting (jalani penggambaran) kamu semua ‘panas’ dekat mana? Kamu ke yang bayar bil aku?

“Aku tak kacau orang. Aku duduk di rumah sahaja, tak keluar pun anc4m ny4wa orang lain. Kenapa s4kit hati sangat? Tak ada kerja sangat ke?” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Pemilik nama lengkap Rita Rudaini Mokhtar itu beranggapan individu yang suka memetik namanya sebagai ‘menyedihkan’ kerana hidup dalam kesunyian dan kosong sehingga perlu memuat naik status mengundang ump4tan dalam laman sosial.

“Kononnya nanti adalah kawan-kawan datang berborak sebab hidup kau s4kit dan sunyi. Orang-orang seperti ini memang kena dapatkan raw4tan ot4k dan hati,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Mistik itu memberi am3ran kepada orang ramai supaya tidak lagi menggunakan namanya untuk mencipta sebarang isu pada masa akan datang.

“Nak kongsi apa-apa suka hati kamu. Tapi jangan ‘petik’ nama orang lain. Cari konten sendiri dan guna nama sendiri.

“Zaman c0vld-19 ini baru tahu ramai yang mental rupa-rupanya. Kalau tidak ada c0vld-19, sakit mental itu tersorok. Sakit mental lagi bahaya daripada c0vld-19,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Menerusi hantaran berbeza, Rita telah berkongsi satu tangkap layar status seorang netizen dalam Facebook apabila memetik namanya yang enggan disvntik v4ksin dan mengaitkan perkara itu dengan syarat untuk dia berlakon.

“Eh! Kau pula yang sakit hati kalau aku tak sh00ting. Menyibuk dengan badan aku dah kenapa. Kau pula siang malam risau aku tak v4ksin sampai ‘up’ status,” balas Rita.

Terdahulu, pelakon itu mengakui namanya digvgurkan daripada sebuah naskhah drama bersiri100 episod gara-gara berstatus tanpa v4ksinasi c0vld-19.

Ujar Rita, dia percaya pada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT dan sentiasa bersangka baik atas apa yang berlaku.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *