
Setelah Malaysia sekali lagi melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan hujung tahun lalu, ramai yang terkesan dari segi pendapatan, pekerjaan, emosi dan sebagainya. Namun beberapa hari lalu Lembah Klang memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara.
Dengan itu, penduduk di negeri ini ramai yang sudah mula melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagaimanapun, kecoh di media sosial apabila keadaan terlalu ramai di sesetengah lokasi riadah menimbulkan kerisauan warganet.
Dalam satu perkongsian di TikTok, satu rakaman yang memaparkan orang ramai ‘menyer.bu’ Sungai Pisang. Dalam video itu memang jelas kelihatan ramai manusia di kawasan riadah tersebut sehinggakan tidak dapat menikmati keindahan alam semulajadi.
Korang lihatlah sendiri rakaman Sungai Pisang dipenuhi pengunjung yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun luxeynchann ini:
@luxeynchannbukak kedai kat sungai pisang boleh collect rm40k sehari
Memang kena serbu betul ni! Dah macam ada jualan murah di situ! Perkongsian rakaman Sungai Pisang dipenuhi pengunjung ini telah meraih lebih 480 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen.
Komen Netizen:
“Hampa nak p mana p la. Tapi kalau ramai macam ni p la cari tempat lain. SOP ke sungai dah tu…Habih la”
“Ni dah jadi sungai pisyang”
“Boleh tak nak minta hujan lebat hari2 supaya aktiviti2 gini tak dapat buat…”
Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.
Sumber: HCL