[VIDEO]”Anuar Zain srtai Tabligh, siap buat teh tarik..” – Skali Bnda Lain Yg Netizen Prasan..

PETALING JAYA Penyanyi terkenal Anuar Zain menjadi bualan selepas dilihat mengikut jejak langkah beberapa selebriti lelaki tanah air yang lain apabila dilihat mula mendalami ilmu agama dengan cara menyertai jemaah tabligh. 

Dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik dan turut dikongsi dalam Facebook, difahamkan pelantun lagu Sedetik Lebih itu sedang menyertai jemaah tabligh bersama pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad.

Menerusi video tersebut, Anuar, 51, yang memakai jubah berona biru dan berkopiah dilihat sedang menuang air teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu hitnya, Lelaki Ini.

Difahamkan, lagu yang dinyanyikan tersebut merupakan permintaan Nabil yang ketika itu sedang bersarapan pagi bersama jemaah tabligh lain di sebuah masjid dipercayai terletak di Selangor.

Sementara itu, pengurus Anuar, Nana Ahmad ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia sudah agak lama tidak menghubungi penyanyi tersebut.

Katanya, video yang berlegar-legar dalam laman sosial sejak pagi tadi adalah benar dan meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk Anuar.

“Saya dah seminggu tak menghubungi dia tapi memang benar dia sedang ikut jemaah tabligh sekarang ini.

“Beri dia masa. Dia nak belajar dan mendalami agama bersama rakan-rakan. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakannya,” katanya.

Menjengah ruangan komen dalam media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain itu selain menyifatkan hidayah Allah milik semua tanpa mengira siapa.

Kelihatan Bersama Nabil Ahmad Dengan Berjubah, Anuar Zain Sertai Tabligh? – ‘Siap Belanja Lagu Lelaki Ini Sambil Tuang Teh Tarik’

Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti yang mulai berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti d4kwah tabligh. Antaranya adalah Aliff Aziz, Saharul Ridzwan, Zul Ariffin, Norman Hakim dan Zahiril Adzim.

Sertai dakwah dengan Nabil

Terbaru, penyanyi Anuar Zain kelihatan mula mendekati kumpulan d4kwah itu bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad. Menerusi perkongsian di TikTok @nadrosli831 memaparkan Anuar memakai jubah berwarna biru bersama kopiah.

Dalam rakaman tersebut, pemilik nama Shahrul Anuar Zain sedang menuangkan air teh tarik kepada Nabil dan beberapa orang jemaah lain.

Video:

@nadrosli831#fyp #dakwahtabligh #artishijrah

♬ bunyi asal – nadrosli


Belanja lagu Lelaki Ini

Sambil berborak santai, Anuar sempat melayan permintaan jemaah lain untuk mendendangkan sebuah lagu. Adik kepada penyanyi, Ziana Zain ini memilih lagu Lelaki Ini sambil tersenyum.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat penyanyi berusia 51 tahun ini turut gembira melihat penghijrahan yang dilakukan. Dalam pada itu, wargamaya mendoakan agar selebriti-selebriti ini kekal beristiqamah dalam menuju ke jalan Allah.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *