Bpa Almy Nadia P0sitif Cvd-1.9! – “Smua Yg Positif Kua.rantin Di Rmh Kcuali Adk Sbb Dijgkti..

Pelakon Almy Nadia berkongsi perkembangan terbaharu mengenai bapanya yang turut dijang.ki.ti vi.rus Co.vid-1.9 selepas ahli keluarga lain disah.kan posi.tif baru-baru ini.

Menerusi hantaran terkininya di laman sosial Instagram (IG), Almy berkata bapa dan seluruh ahli keluarga kini menjalani kua.rantin di rumah kecuali adik perempuannya yang terpaksa dihantar ke CAC kerana dijang.kiti va.rian del.ta.

“Perkembangan terkini, abah pula posi.tif dan semua sudah follow up di CAC Pulau Pinang. Semua bolah kua.rantin di rumah kecuali adik perempuan nombor 2.

“Kena pergi pusat kuarantin sebab dia punya vi.rus adalah del.ta. Sekarang di rumah mak hanya tinggal adik lelaki bongsu yang sudah negatif dan pernah posi.tif empat bulan lalu,” katanya.

Dalam pada itu Almy memohon orang ramai agar terus mendoakan ahli keluarnganya di Pulau Pinang.

“Semoga family dekat penang cepat sembuh, di beri kekuatan untuk family. Terima kasih kepada yang banyak membantu, terima kasih semua.

“Terima kasih jugak pada yang mendoakan family kami,” katanya.

Dua hari lalu, Almy berkongsi mengenai lapan ahli keluarga termasuk ibu di Balik Pulau, Pulau Pinang, disahkan pos.itif CO.VI.D-.1.9.

Dalam hantaran itu, Almy memohon maaf kepada ibunya kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana berjauhan.

Almy berkata, ahli keluarga yang disahkan posi.tif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Turut dijang.ki.ti vi.rus berkenaan adalah anak angkat Almy berusia 12 tahun yang dipelihara ibu.

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *