[Video] Mualaf Mengislamkn 2 Saudara Baharu..

Jika dahulu pelakon terkenal Adam Corrie pernah bergelar saudara baharu, namun siapa sangka kini beliau sudah berjaya mengislamkan ramai orang bukan islam.

Terbaru, Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah menerusi FB telah berkongsi video memperlihatkan dia sedang mengislamkan beberapa individu berbangsa cina dan juga India.

Menerusi video sama beliau turut dilihat mengajar kedua-dua pasangan tersebut mengucap dua kalimah syahadah sambil disaksikan beberapa individu.

“Alhamdulillah, di hari Jumaat yang penuh keberkatan . Selamat kembali kepada fitrah wahai saudara-saudaraku..

“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” – (Al-Kahfi:10)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami dari Islam setelah Engkau beri hidayah kepada kami. Limpahkanlah keimanan kepada kami dari sisi-Mu. Engkau Maha Pemberi rahmat kepada orang-orang mukmin.” (Ali Imran :8 )” tulis beliau menerusi posting tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Sebagai rekod Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika usianya 39 tahun. Beliau sejak bergelar mualaf pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat negeri Selangor pada 2017 lalu.

Komen Netizen:

Masha Allah Bhagianya

Shubhananlah Alhamdulillah Allahuakbar Kita Yg Sbek

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BuzzKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *