Cik B Teruja Dirinya Dicalonkan Pada ABPBH & Ini Pesanan Cik B Utk Orang Ramai.

KUALA LUMPUR: Bolos tiga kategori dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Cik B berpesan kepada rakyat Malaysia agar jangan mengabaikan seruan mendapatkan sun.tikan vak.sin bagi membantu kerajaan mewujudkan imuniti ke.lom.pok.

Cik B atau nama sebenar, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, berharap industri kreatif rancak seperti dahulu apabila rakyat mendapat vak.si.nasi.

“Harapan saya untuk semua, jangan abaikan tanggungjawab untuk men.cu.cuk vak.sin CO.VID-19 agar kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti dahulu.

Pada ABPBH 34 bertemakan #KITABERSAMA, Cik B tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular; Artis Komedi Popular dan Artis Versatil Popular. Foto IG Cik B

“Tolonglah jadi rakyat yang bertanggungjawab agar industri seni dapat kembali rancak seperti dahulu,” katanya kepada BH Online.

Pada edisi ke-34 bertemakan #KITABERSAMA, Cik B tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular; Artis Komedi Popular dan Artis Versatil Popular.

Seperti tema ABPBH 34 #KITABERSAMA, Cik B berpesan rakyat Malaysia perlu mendapatkan vak.sin CO.VID-19 agar kehidupan dapat kembali seperti dahulu. Foto IG Cik B

Cik B yang juga anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sedar ramai artis ter.je.jas berikutan impak penu.laran CO.VI.D-19.

“Biarpun pendapatan saya tidak ter.jejas sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), saya tahu ada ramai artis terkesan kerana tidak boleh menjalani penggambaran dan sebagainya.

“Doa saya agar mereka terus kuat dan usah putus asa,” katanya.

Cik B juga teruja dan tidak pernah terlintas dirinya dicalonkan pada ABPBH.

“Terima kasih ABPBH 34 kerana mencalonkan saya,” katanya.

Terdahulu

Bye bye ABPBH! Zul Ariffin tarik diri bertanding, peminat syak ada kaitan dengan hijrah.

Zul Ariffin tarik diri daripada pencalonan Anygerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH34.

PELAKON Zul Ariffin mengumumkan penarikan diri daripada semua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 ABPBH34 yang dijangka berlangsung pada 13 November depan.

Bagaimanapun kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, keputusan itu tiada kaitan dengan perubahannya dalam mendekatkan diri kepada agama.

“Buat masa ini hanya perlahan-lahan ingin menjadi yang terbaik daripada sebelum ni.

“Saya bersiap sedia dan memanaskan enjin. Banyak lagi yang akan datang,” katanya pada Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Zul berkongsi hasratnya itu menerusi posting di Instastory.

Baru-baru ini Zul menarik perhatian apabila dilihat kerap bertemu dengan personaliti dakwah, Ebit Lew.

Menjelaskan lanjut tentang ABPBH 34, Zul berkata dia sudah memaklumkan kepada pihak penganjur berhubung penarikan pencalonan tersebut.

Buat masa ini hanya perlahan-lahan ingin menjadi yang terbaik daripada sebelum ni.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

“Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhamdulillah di sini saya nak beritahu dan umumkan yang saya dah tarik diri daripada semua pencalonan ABPBH 34. Dan saya dah huhungi pihak BH,” katanya.

Sementara itu menerusi mesej kepada mStar, Pengurus Zul iaitu Afdal Shahizad berkata aktor berkenaan mahu fokus dan kembali aktif dalam bidang seni.

“Zul ada maklumkan tahun ni akan fokus pada kerja-kerja yang tertangguh dahulu dan mahu ruang dan masa untuk kembali dengan filem dan drama baharu setelah lama berehat kerana PKP,” katanya.

ZUL 4

Penarikan diri Zul Ariffin tiada kaitan dengan perubahannya mendekatkan diri kepada agama.

Untuk makluman nama pelakon Zul Ariffin tercalon dalam dua pencalonan iaitu kategori Gandingan Serasi Drama Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi.

Malam kemuncak ABPBH 34 dijadual disiarkan secara langsung di TV3 pada 13 November depan dan dilakukan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP ditetapkan MKN dan KKM.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:bharian via mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *