“12 hari melawan Cov1d19..” -Terkini! Eina Azman Kongsi Satu Berita Baik Tentang Keadaan Suami

SELEPAS mengharungi 12 hari penuh debaran, akhirnya aktres Datin Eina Azman bersyukur suami Datuk Kaiser Gurmeet sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Cov1d-19.

Pemilik nama Ainur Syakina Azman, 26, berkata, suaminya kini sudah selamat kembali ke rumah mereka pada Khamis dan berada dalam keadaan sihat.

Bercerita tentang perasaan bimbangnya dalam tempoh itu, Eina berkata, suaminya hampir dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan berikutan jangkitan virus merebak 30 peratus pada paru-paru suaminya.

Eina 1Eina berkongsi perkara itu di Instagram pada Khamis.

“Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikirkan keadaan suami saya yang kena Covid tahap 4 dan paru-paru pun dah merebak 30 peratus.

“Dengan oksigen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa dua hingga tiga hari oksigen tak ok suami kena masuk ICU.

“Kalau boleh saya memang tak nak suami saya dimasukkan ke ICU. Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat. Saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya,” katanya.

Saya tak mampu nak balas semua WhatsApp dan DM.

EINA AZMAN 

PELAKON

Pada 31 Ogos lalu, Eina memaklumkan dia, suami dan dua pembantu rumah dijangkiti virus Cov1d-19.

Manakala, dua cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia lima tahun tidak dijangkiti virus berkenaan.

Keesokan harinya, keadaan suaminya semakin buruk dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas paras oksigen menurun.

Dalam pada itu, pelakon drama The Maid ini mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta pengikutnya di laman sosial atas doa yang tidak henti.

Suami Eina dimasukkan ke hospital akibat paras oksigen menurun.

“Disini saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga, kawan-kawan dan semua pengikut saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya.

“Saya tak mampu nak balas semua WhatsApp dan DM. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk diri saya suami serta bibik-bibik.

“Sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa anda semua yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah amin,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *