“Saya Dulu Dah Macam Tong” -Netizen Puji Maryam, K4ndungan Dah 33 Minggu Tapi Badan Masih Steady

Instafamous warga Korea Selatan, Maryam You Narae atau dikenali sebagai Maryam mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video terbaru yang memperlihatkan keadaan terkini kandungannya.

Menerusi posting di Instagramnya, Maryam secara bersahaja berkongsi saiz ‘baby bump’ yang dilihat semakin membesar.

Menurut Maryam, kandungan tersebut kini sudah memasuki 33 minggu.

Pada masa sama, Maryam turut memberi bayang nama yang bakal diberi kepada bayi tersebut.

“32 minggu, dua hari. Rizal + Narae = Rina,” katanya ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya meluahkan rasa kagum mereka apabila melihat keadaan badan Maryam yang masih langsing biarpun sudah memasuki minggu ke-33.

Malah, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika sarat mengandung.

“Comelnya baby bump dia”.

“33 minggu pun steady je, saya dulu 3rd trimester macam tong bergerak”.

“Best tengok baby bump kak maryam. Jeles tengok, semoga dipermudahkan segala urusan kak maryam dan abang rizal,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Sekadar info, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Maryam akhirnya hamil anak pertama.

Suaminya, Ryzal berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram mereka @duriankimchi.
Pada Jun lalu, Maryam kemudian berkongsi perkhabaran gembira apabila dia bakal melahirkan anak perempuan.

Menurut Maryam, dia baru saja pulang daripada pemeriksaan doktor dan bayi dalam kandungannya tidak mempunyai sebarang masalah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *