‘Bawa Balik Empat Kotak Ole-Ole Dari P4lestin’ – Caprice Tanya Peminat Zizan Nak P4tung Fir4un Besar Ke Kecil?

Umum mengetahui, penyanyi rap, Caprice telah selamat tiba di Malaysia sejak semalam. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Caprice di akaun Instagramnya.

Kepulangan Caprice di tanah air ternyata disambut baik oleh beberapa pihak khususnya sahabat handai dan para peminat. Mereka sempat berseloroh dan bertanya mengenai buah tangan yang sudah dibeli oleh pelantun suara ‘Kau Hade’ ini di ruangan komen.

Bawa balik ole-ole tak?

 

Sebaik sahaja Caprice memuat naik sebuah video mengenai ketibaannya di Malaysia, rata-rata rakan artis dan para peminat meluahkan rasa syukur apabila penyanyi kesayangan mereka telah selamat tiba di tanah air. Di samping itu, ada juga segelintir individu yang terus bertanya mengenai ole-ole yang dibawa pulang ke Malaysia. Menurut Caprice, dia telah membawa pulang empat kotak ole-ole untuk diberikan kepada keluarga dan sahabat handai.

Pada masa yang sama, Caprice sempat membalas sebuah komen daripada peminat yang bertanya mengenai patung f.iraun seperti yang diminta oleh pelawak, Zizan Razak ketika sesi live tempoh hari.

Ingat nak jadi pejuang dekat sana

Meskipun rata-rata netizen gembira dengan kepulangan Caprice, masih ada juga beberapa orang individu yang mempersoalkan kenapa penyanyi itu pulang ke Malaysia. Bahkan, mereka berharap Caprice akan menceritakan masalah yang berlaku semasa perjuangan jihadnya di Palestin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Sumber: Caprice via ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *