Iqbal, Vida Bagi ‘Hint’ Bakal Naik Pelamin Disember Ini

Sebelum ini, bekas pembantu Dato Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli menerima pelbagai kecaman daripada netizen selepas meluahkan hasrat untuk menikahi bekas majikannya itu.

Terbaru, usahawan kosmetik tersebut mencetuskan tanda tanya ramai mengenai kesahihan tarikh perkahwinan mereka di Instagram Live, semalam.

Menerusi sesi live tersebut, Vida memberitahu dia akan mengumumkan tarikh majlis hari perkahwinannya dengan Iqbal dalam masa terdekat. Namun begitu, Iqbal telah memberi ‘hint’ kepada netizen bahawa majlis mereka akan diadakan pada bulan Disember nanti.

Vida turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua atas doa yang baik-baik terhadapnya dan Iqbal. Memandangkan negara masih dalam keadaan fasa pemulihan, Vida dipercayai bakal mengadakan majlis secara bersederhana.

Mengenai tarikh yang sebenar nanti saya akan kongsikan. Cuma buat masa sekarang kami boleh beritahu bulan 12 sahaja. Ramai yang tanya saya nak buat majlis macam mana nanti. Malah, ada juga yang memberi nasihat kepada saya supaya buat secara sederhana dan yang paling penting wedding of the year kata mereka.

Menerusi tinjauan pihak OhBulan semalam, rata-rata netizen kagum melihat perubahan Vida semasa melakukan sesi live. Menurut netizen, Vida sudah mulai serius ketika berbicara soal perkahwinan.

Sumber: Dato Seri Vida/https://ohbulan.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *