Teruja Vida Boleh Hamil Kembar, Iqbal Zulkefli Dedh Harga Cek Kesuburan Buat Ramai Terkedu

Kekasih kepada bekas usahawan popular, Datuk Seri Vida, 49, iaitu Iqbal Zulkefli mendedahkan mereka ada peluang untuk menimang cahaya mata kembar selepas mendirikan rumah tangga kelak.

Iqbal, 27, mendedahkan perkara itu di dalam satu perbualannya bersama Vida di aplikasi WhatsApp.

Menerusi perbualan itu, Vida memaklumkan hasil keputusan ra.watan kesuburannya yang mana doktor mengesahkan beliau ada peluang untuk hamil bayi kembar.

“Ya Allah, kalau Allah izin kembar pun boleh…” kata Vida.

Iqbal yang merupakan bekas pembantu peribadi Vida dalam perbualan itu teruja.

“Betul ke boleh buat kembar?” tanyanya dan sekali lagi disahkan oleh Vida.

Iqbal mendedahkan paparan skrin perbualannya itu di InstaStory akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia dalam masa yang sama sedang melayan sesi soal jawab di InstaStory dari pengikutnya.

Pengikut bertanyakan adakah benar hubungan cinta mereka yang dihebohkan atau ia sekadar strategi pemasaran.

Iqbal yang juga merupakan seorang usahawan itu mengesahkan perkara tersebut.

“Semua yang media kongsi setakat ini benar. Cuma biasalah dia tidak lari dari menjual produk. Saya beritahu Vida cuba perlahankan kejap mejual tetapi dia kata iti sudah sebati dengan dirinya,” jawabnya.

Sementara itu, Iqbal turut menjawab persoalan pengikutnya tentang kos pemeriksaan kesuburan yang dilakukan oleh Vida.

“Kosnya murah sahaja, klinik swatsa dalam RM800 bagi pakej pasangan lelaki dan wanita.

“Tak semestinya sihat tubuh badan kita subur terutamanya lelaki yang mer.okok dan mengamalkan gaya hidup kurang sihat,” jawabnya lagi.

Dalam sesi soal jawab yang lain, Iqbal menjawab beberapa persoalan netizen yang lain termasuk hubungannya dengan anak-anak Vida iaitu Cik B dan Kacak.

Sejak minggu lalu, nama pasangan ini menjadi sebutan warganet apabila dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *