“Mkn Tk Boleh brgaduh, sbb mkanan itu..” – Bapa Mertua Shuib, Raissudin menasihati anak anak sblum mkn, Shuib pun..

Kuala Lumpur: Bapa mertua Shuib sepahtu, Raisuddin Hamzah dilihat sering bersama dengan cucu cucu nya di rumah. Shuib juga berkongsi aktiviti makan bersama keluarga pada waktu pagi dan aktiviti bersama anak anak beliau.

Menerusi entri ‘story’ Shuib, beliau ada berkongsi klip durasi pendek sebelum anak anak makan malam. Kelihatan bapa mertua nya mengajukan soalan pada anak anak dan jelas nilai murni iaitu tidak boleh bergaduh sesama adik beradik. Dengan erti kata lain, hubungan dengan adik beradik seperti ‘Air yang dicincang tidak akan putus’.

Video dibawah:

Sebelum ini, Shuib berkongsi juga aktiviti mengaji kitab suci, Al-Quran bersama anak anak nya.

“Hari pertama baca Yassin secara beramai-ramai dan selepas sesi Zoom itu, saya cuba baca sendiri. Ia ambil masa dekat dua jam nak habis.

“Saya rasa macam…ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu. Kena merdekakan diri daripada buta al-Quran,” katanya menerusi forum bertajuk Kemerdekaan Satu Penghijrahan anjuran Masjid Puncak Alam yang berlangsung di Facebook, baru-baru ini.

“Saya nak belajar al-Quran sehingga cari semula buku Iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar Iqra.

“Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat ‘u-turn’. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” katanya yang sudah memulakan kelas secara dalam talian bersama Ustaz Tarmizi.

“Ya Allah, sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tahu pula menyanyi mendayu-dayu.

“Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwah isteri, buat ‘rehearsal’ betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji, tak reti. Rasa teruk sangat,” katanya.

Shuib bukan saja mahu mencari kesempurnaan untuk dirinya saja, sebaliknya akan cuba mendidik anak-anaknya agar celik al-Quran.

“Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak. Sebelum ini saya tak pernah cakap pun dengan mereka. Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apapun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran. Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: ksmo & IG Shuib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *