Selepas K0ntinjen Malaysia Bvat Rayu4n, Ini Status Terkini Status Pingat Emas Ziyad Zolkefli

RAYUAN kontinjen Malaysia untuk membantah protes kem Ukraine yang menafikan pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, telah ditolak oleh pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan di laman Instagram rasmi Team Malaysia. Ini bermakna, Muhammad Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bantahan dari atlet Ukraine

“Rasmi. Pingat emas Ziyad Zolkefli sah ditarik balik disebabkan protes atlet Ukraine. Keputusan rayuan Malaysia juga telah ditolak dan ini satu keputusan yang bukan diinginkan kita.

“Tapi kita harap Ziyad kuat di sana. Walau apa pun terjadi, Ziyad tetap menjadi juara di hati rakyat Malaysia,” tulis laman berkenaan.

Terdahulu, kemenangan atlet berusia 31 tahun itu dibatalkan selepas protes dilakukan oleh atlet Ukraine membabitkan isu teknikal, dengan mendakwa Muhammad Ziyad lewat tiba di call room.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kontinjen Malaysia telah mengemukakan bukti untuk membantah protes kem Ukraine yang menafikan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20.

Kecemerlangan Muhammad Ziyad turut memecahkan rekod dunia dalam lontaran pertamanya dengan catatan 17.31 meter (m).
Susulan hilang kelayakan Muhammad Ziyad, atlet Ukraine berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter merangkul pingat emas, manakala pingat perak dimenangi Oleksandr Yarovyi dengan catatan lontaran 17.30 meter.

Pingat gangsa pula menjadi milik atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93 meter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Newss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *