[VIDEO] Zizan Razak Tanya Sah Ke Suami Talak Isteri Ambik V4ksin, Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Laman Facebook Public Health Malaysia, sebuah platform menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam, menarik perhatian umum mengenai perkongsian seorang peguam syarie di Twitter.

Peguam tersebut berkongsikan kisah mengenai seorang isteri yang telah mengambil dos pertama v4ksin c0vld-19 secara ‘senyap-senyap’.

Ini kerana suaminya tak mahu mengambil v4ksin berkenaan dan kebetulan mereka merupakan pasangan jarak jauh.

Namun si isteri dalam dilema apabila ketika berborak dengan suaminya mengenai v4ksin, si suami berkata jangan ambil v4ksin.

Si suami pula menambah: “Jika ambil juga, jatuh talak”.

Perkara itu membuatkan si isteri bingung dan mengajukan persoalan tersebut kepada peguam syarie.

Peguam berkenaan dalam akaun Twitter miliknya pula menulis: “Ragam manusia, aneh-aneh nak buat taklik pun. Ini mungkin kedengaran jangkal, tapi tak mustahil ada juga orang lain hadapi perkara yang sama. Nasi sudah menjadi bubur, lafaz taklik tak boleh ditarik balik sehinggalah berlaku perlanggaran. Bila dah langgar, segeralah ke mahkamah syariah;

“Failkan permohonan pengesahan lafaz taklik. Sekali lagi saya tegaskan, hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan sama ada jatuh talak ataupun tidak”.

Beliau kemudiannya menulis: “Hati-hatilah para suami dalam soal taklik ini. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”.

Zizan Razak Tanya Pada UAI Sah Ke Talak Itu?

Zizan Razak telah bertanyakan soalan berkenaan isu yang tular di media sosial baru baru ini berkenaan seorang suami akan jatuhkan talak kepada isteri jika ambil v4ksin.

Jom dengar penjelasan UAI.

Sumber : Utusan Online / Youtube Ustaz Azhar Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *