Hampir 3 jam lewat htr makanan, Saheizy Sam luah prasaan trhdap ‘rider’ ni, sekali dia kasi.

Pelakon utama filem Polis Evo yang popular di Malaysia, Saheizy Sam sering berkongsi aktiviti nya dalam media sosial. Sam atau nama sebenar nya Shaheizy Sam Abdul Samad memulakan kerjaya sebagai anak seni pada era 1990-an lagi selaku pelakon remaja.

Terbaru, Sam ada kongsi pengalaman nya apabila menggunakan servis penghantaran makanan ke rumah nya. Ternyata, ‘rider’ yang mengambil ‘order’ nya terlewat hampir 3 jam gara gara orang terlalu ramai di kedai tersebut. Reaksi ‘rider’ tersebut memang dipuji wargamaya.

Menerusi entri terbaru nya dengan kapsyen:

“Dari dulu Sam ada soft spot utk RIDER!!!
Nasi Lemak Viral punya pasal. Kejadian bermula dari jam 8am sampai 11am tadi. Kita faham dalam kerja di bawah panas, kesabaran kita pasti diuji tapi kebanyakan mereka dapat kawal dan memikul tanggungjawab dengan sgt professional. Betul la org cakap, adab dan budi bahasa yang baik pasti boleh cairkan hati sesiapa pun, walaupun dengan customer yg susah nak bertoleransi (yg terlalu berpegang pada phrase “Customer Always Right)
Harap semua rider dapat menjaga nama baik yg kebanyakan rakan2 awak dah bina ni. Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua, dilimpah ruahkan rezeki dan dilindungi Allah SWT selalu..”

Video dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Jom lihat juga apa kata netizen:

“Mmg terbaik rider2 ni sam…bila ada yg marah2 rider lambat tu..kdg kena paham juga dorg bukan suka2 lambat..kena paham juga keadaan dorg keselamatan dorg di jalan raya..thanks juga pada sam sbb sabar menanti 3jam nasi lemak tu nak sampai ke rumah..pada rider2 diluar sana jaga keselamatan anda,semoga anda dikurniakan rezeki yg melimpah ruah..inshaallah amin..”

“yang mna komen bab tips tepi tu aku rasa sam ni bagi tips cuma xrecord video yalah bila record video time bagi dua jap g ada la netizen yg mula kecam cakap riak dan sebagainya…husnuzon..”

“Allhamdulilah.. Sam memang terbaik.. Moga dilindungi dan dipermudahkan segala urusan Sam dan brother Hafiz.. Aaminn.”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Sam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *