Baru Je Iqbal Dedah Mereka Hampir berkahwin, Sekali DS Vida Buka Mulut Soal Kesubvran

PETALING JAYA – Taikun kosmetik, Datuk Seri Vida memaklumkan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan mana-mana lelaki, dia perlu memastikan dirinya masih subvr dan mampu melahirkan anak.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, dia tidak mahu terhegeh-hegeh berkahwin andai tidak mampu melahirkan zuriat memandangkan usianya sudah semakin lanjut.

“Sebelum buat sebarang keputusan (untuk berkahwin), pertama sekali, saya kena tengok saya ini mampu melahirkan zuriat atau tidak.

“Jadi, saya akan buat ‘check up’ (pemeriksaan kesubvran) untuk memastikan saya boleh melahirkan zuriat. Selepas itu, barulah saya fikir perancangan selanjutnya sama ada untuk berkahwin atau tidak.

“Bukan apa, sekarang ini yang muda-mudi ini kalau tiada atau diikat dengan ‘zuriat’, nanti jadi susah. Kalau tanya saya, itulah yang perlu saya buat dahulu sekarang ini. Pastikan diri subur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Vida bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli selepas rakan baik usahawan berkenaan, Datuk Seri Aliff Syukri bertindak memuat naik video klip pendek perbualan yang mendedahkan perkara tersebut.

Vida bagaimanapun bertegas, andai punya jodoh lagi, dia hanya akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya.

Katanya, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.

“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti.

“Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya seraya berseloroh dalam Instagram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada benar Iqbal bertepuk sebelah tangan, pelantun lagu I Am Me itu menafikan sambil meninggalkan emoji wajah dipenuhi bentuk hati dengan respons ringkas: “Tak kot (tertawa).

Iqbal dalam satu kenyataan kepada portal hiburan memberitahu bahawa dia sudah melakukan ujian kesvburan dan mampu memberi nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada isterinya.

Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun bercer4i pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meningg4al dunia dalam satu kebak4ran di rumah Vida di Ipoh pada 2013.

Selain itu, Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun bercer4i pada 7 April 2017. – K! ONLINE

[VIDEO] Bekas PA Vida dedah hampir kahwin, dah siap buat ujian kesubvran… mampu bagi RM1 juta sebulan – “Saya tahu dia nak tapi tak yakin”

GOSIP cinta membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli terus menarik minat netizen di laman sosial.

Selepas dikaitkan dengan jutawan tersebut, Iqbal, 27, akhirnya tampil menjawab beberapa spekulasi dan mempersoalkan mengenai kriteria calon suami yang dinyatakan oleh Vida.

“Saya ada baca syarat-syarat bakal suami yang dia mahu… tapi saya pun keliru, dia kata mahu lelaki yang sama level dan seusia dia tapi kalau ingat dulu dia pernah kata mahu yang muda, sekarang taste lain pula.

“Kalau nak cakap fasal kaya… saya akui saya tidaklah terlalu kaya tapi sekarang ini saya sedang bekerja keras ke arah itu dan kewangan jauh lebih baik daripada dulu. Kalau setakat nak tanggung dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh.

“Sejujurnya saya pun tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia seolah-olah tak nak mengaku perasaan itu. Saya tahu dia nak kahwin tapi tak yakin,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Vida memberitahu dia mahu seorang suami yang sama ‘level’ termasuklah memiliki pengalaman, usia dan sumber kewangan yang kukuh.

Ditanya mengenai status hubungannya dengan usahawan berasal dari Kelantan itu, Iqbal berkata mereka masih berkawan baik, namun mengakui soal hati masih tiada jawapan sehingga kini.

“Hubungan kami pernah bermasalah pada tahun 2017, tapi sekarang ni kami baik dan rapat semula. Setiap hari kami berhubung melalui panggilan telefon, berborak mengenai pekerjaaan dan hal peribadi.

“Tapi sejauh mana hubungan istimewa itu saya pun tak tahu, dia tak pernah mengakui tentang hal itu… sejujurnya hati saya terhadap dia masih sama.

“Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkahwin, dia pun dah jumpa famili saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan, kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja,” ujarnya.

Iqbal masih ada perasaan terhadap Vida.

Enggan lagi terus meletakkan harapan, Iqbal pasrah jika dia dengan Vida hanya ditakdirkan sebagai kawan.

Ini kerana dia memahami situasi penyanyi lagu I Am Me itu yang perlu menjaga hati banyak pihak jika memilih untuk mengakhiri zaman janda.

“Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga. Saya tahu dia trauma dengan perkahwinan sebelum ini.

“Saya pun tak mahu putus kawan, biarlah kami terus berkawan macam biasa. Kalau kita teruskan ia akan jadi lebih complicated… sayang itu ada tapi saya sedar jika saya saja terhegeh-hegeh pun tak akan jadi apa.

“Saya pun tak nak orang kata saya menumpang dia. Saya takut menunggu tapi hujung-hujung tak jadi apa! Kalau ada jodoh, ada la,” katanya. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *