Tak Sampai 3 Jam Dilancarkan, Tudung Fazura Habis Dijual

Petang tadi, pelakon jelita Nur Fazura baru sahaja melancarkan koleksi tudung Merdeka dibawah jenama miliknya, Tudung Fazura.

Baru sahaja tiga jam, koleksi tudung tersebut sudah habis dijual dan kehabisan stok selepas dilancarkan pada jam 3 petang tadi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pihak pengurusan meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendapatkan koleksi tersebut. Diruangan komen, ramai yang kecewa kerana tidak sempat untuk mendapatkan koleksi tudung Fazura itu.

Koleksi Merdeka Tudung Fazura dihasilkan daripada Japanese Cotton Voile dengan 9 corak eksklusif dijual pada harga RM27 sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *