Selepas Mencetuskan Kemar4han Sheila Rusly, Ini Tindakan Selanjutnya Blogger Yang Memulakan Fitn4h Tersebut

PETALING JAYA – Menyedari kesil4pan sendiri, blogger Kaki Komen yang menyiarkan berita berbaur fitn4h mengenai keluarga pelakon dan penerbit, Sheila Rusly tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam Facebooknya hari ini.

Kaki Komen menerusi satu hantaran memaklumkan, pihaknya memohon maaf secara terbuka susulan penerbitan kapsyen yang didakwa berbaur fitn4h terhadap keluarga Sheila dan menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha.

“Kami selaku admin Kaki Komen ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan kapsyen mengenai Elisya dan Sheila.

“Dengan ini, kami ingin memohon maaf kepada keluarga Jinggo (suami Sheila), Sheila, keluarga Elisya dan mengakui kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi lagi,” tulisnya dalam entri tersebut.

Selain permohonan maaf secara terbuka, pengendali Facebook berkenaan turut menitipkan pesanan kepada blogger lain agar sentiasa berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang berita.

“Saya mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan-rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benar sebelum membuat sesuatu hantaran kerana sesungguhnya, dosa, pahala, syurga dan neraka itu benar,” tulisnya.

Hari ini, blogger terbabit mencetvskan kemarahan Sheila selepas memuat naik kenyataan kononnya aktres itu pernah mencadangkan nama pelakon, Janna Nick sebagai calon isteri untuk anaknya, Uzair Haqimy tetapi ditolak Janna sebelum memilih Elisya.

Disebabkan kapsyen tersebut, Sheila bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger terbabit yang did4kwa menabur fitn4h kepada keluarga, anak dan menantunya.

Menurut Sheila dalam laporan Kosmo! Online hari ini, keputusan tersebut diambil kerana dakwaan blogger berkenaan melibatkan maruah banyak pihak.

Terdahulu, Uzair dan Elisya selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis serba ringkas pda Sabtu lalu. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: konline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *