Buat H4l Silap Tanya Soalan Pasal Menantu, MUA Hampir ‘Dib4ntai’ Sheila Rusly

Selain daripada hero idaman ramai Remy Ishak, aktres cantik manis Elisya Sandha juga telah pun selamat melansungkan pernikahan dengan tunangnya di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak semalam. Adik kepada pelakon Fasha Sandha tersebut kelihatan sungguh manis mengenakan busana berwarna putih daripada pereka fesyen Teh Firdaus.

Kena ikut standard SOP waktu PKP…Sheila Rusly tak dapat teman anak sulung akad nikah
Antara yang turut menjadi perhatian semalam sudah tentu ibu kepada pengantin lelaki iaitu Sheila Rusly. Gara-gara perlu mengikut pelaksanaan SOP, pengarah drama tersebut tidak dapat menemani anak sulungnya Uzair ketika akad nikah berlangsung.

Cuma tunggu ketibaan pengantin di rumah…Jelas kelihatan begitu gembira

Malah, Sheila hanya menonton sesi tersebut melalui rakaman live dan menunggu ketibaan kedua-dua pengantin di rumah sahaja. Walau bagaimanapun, pelakon hebat tersebut jelas kelihatan begitu gembira apabila segala urusan berjalan dengan lancar dan cukup sederhana.

Buat Hal Silap Tanya Soalan Pasal Menantu, MUA Hampir ‘Dibantai’ Sheila Rusly 4

Boleh pulak silap tanya Sheila apa perasaan terima ‘mentua baru’…Terus buntang mata MUA
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, seorang MUA yang turut berada di rumah Sheila sempat merakamkan ucapan tahniah. Walau bagaimanapun, niatnya untuk bertanyakan tentang perasaan menerima menantu baru hampir terima padah apabila tersilap menyebut ‘mentua baru’. Kesalahan yang berlaku secara spontan itu membuatkan aktres tersebut terus terkejut dan membuntangkan mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:TikTok Naomilarra 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *