Baru semalam polis pergi rumah Ebit Lew. Tapi apa yang Ebit Lew buat hari ni ramai yang respect.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew memberitahu akan terus membuat kebaikan sampai akhir hayat dan memaafkan semua pihak yang cakap buruk pasal dia. Ebit percaya ujian yang menimpa kerana ALLAH sayang turut memberitahu memaafkan apa yang terjadi dan memaafkan sesiapa sahaja.

“Perkara ini membuatkan saya lebih bersemangat dan saya akan terus membuat kebaikan sampai saya tiada,” katanya kepada media selepas memberikan keterangan di Bukit Aman di sini pada Khamis.

Ebit dipanggil ke Bukit Aman, bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan jnyh, Wanita dan Kanak-kanak (D11), JSJ Bukit Aman. Pendakwah itu tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi sebelum keluar dari Bukit Aman pada jam 2 petang.

Terbaru, Ebit Lew terus menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa dan menyampaikan misi bantuan kepada penduduk di Yan Kedah. “Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Bawa hadiah Tilam dan barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama Bomba, PDRM, APM, Rescue Bencana Malaysia, dan Ngo lain yang dari awal membantu. Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu. Sekolah habis semua komputer,alatan, meja, perabot,sehingga semua cakap sama semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam. Ramai yang cuma dapat selamatkan diri je. Perabot dan barang elektrik semua habis. Sedih lihat mereka. Berat ujian.

Petugas bertungkus lumus mencari sasaran banjir. Belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka. Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini. Semoga menjadi asbab kebaikan”

Akhirnya Pengarah Jsj tampil bongkarkan apa sebenarnya yang berlaku dekat rumah Ustaz Ebit Lew.

Kuala Lumpur: “Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi tentang ftnah gangguan yang tgah jadi isu. Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Semalam Ebit, 36, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan yang dikaitkan dengan dirinya seperti tular di media sosial baru-baru ini. Menurutnya, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya.

“Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang. Saya dipanggil bagi membantu siasatan atas tuduhan gosip di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan Bukit Aman di sini, sebaik Ebit selesai memberi keterangan pada 2 petang.

Sementara itu, peguam Ebit, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, beliau dan anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman keterangan yang berjalan selama lebih satu jam. Beliau berkata, pihaknya sudah menjawab segala persoalan bagi membantu siasatan berkenaan.

“Polis ada menyatakan beberapa s.eksyen untuk s.iasatan k.es berkenaan namun pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini. Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video tak elok yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis sudah merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan tersebut.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Hanya pemeriksaan biasa di rumah Ebit Lew

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika bercakap pada sidang media khas di Menara KPJ hari ini.
–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya melakukan pemeriksaan biasa di kediaman pendakwah, Ebit Lew di Setia Alam semalam bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan membabitkan pendakwah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pemeriksaan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Kita hanya melakukan pemeriksaan yang biasa dilakukan dan ia bertujuan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sekiranya terdapat barangan yang dirampas ketika pemeriksaan di kediaman pendakwah terbabit dilakukan. Semalam dilaporkan, polis melakukan pemeriksaan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, dekat sini.

Ia susulan tiga buah kenderaan disyaki milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.15 petang. Selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah terbabit turut memasuki kawasan perumahan itu.

Kredit : HM/Kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://mediabawang.net/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *