Ayahnanda Rani Kulop Ded4h ‘Sultan Melaka’ Telah Meningg4l Dunia. Punca Kem4tian Diberitahu

Media sosial hari ini kecoh mengenai Tuanku Raja Noor Jan Shah yang pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dikhabarkan telah meningal dunia akibat c0vld-19.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah di laman Facebooknya hari ini.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkera berkenaan daripada Abdul Rani Kulup tidak berhasil.

KOMEN NETIZEN DI FACEBOOK Abdul Rani Kulup Abdullah

“Al-Fatihah.. maaf ye nk tanya.. arwah ke yg trkenal dgn nama julukan “Sultan Melaka”?”

“Innalillahiwa Inna ilaihiroji uun. Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg beriman. Aamiiin”

“Serius la.. ALLAH.. walaupun bkn dia yg update pages..tapi nama dia betul² dekat je dgn lawak² dlm pages..tgk yg mana latest update dlm pages dh dipadam..”

Beta tidak pernah jual 'Datuk' kepada Rani Kulup - 'Sultan Melaka' | Astro Awani

Terdahulu, Noor Jan Shah, 64, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka.

Dia turut pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka pada tahun 2019.

Laporan daripada HM

Sumber : Kosmo Online / Facebook Abdul Rani Kulup Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *