[VIDEO] “Kaki Ditarik, Leher Dicek1k…”- Bella Astilah

Pelakon Bella Astilah mendedah dia dan keluarga pernah dig4nggu m4khluk halus ketika berada di sebuah pusat peranginan.

Menurut Bella g4ngguan itu diterima ketika dia berusia 9 tahun iaitu selepas dia dan adiknya, Didi Astilah selesai penggambaran untuk satu album kanak-kanak di satu tempat.

Mereka sekeluarga disediakan tempat tidur di satu kondominum berdekatan dengan lokasi penggambaran.

“Cerita ni dah lama tapi saya tak boleh lupa dan masih ingat sampai sekarang. Ketika itu saya masih kecil lagi.

“Kami diberi satu tempat tinggal oleh produksi untuk bermalam selepas selesai penggambaran album kanak-kanak pada hari tersebut.

“Malam itu, ketika tiba di kondominum itu kereta sangat banyak dan tempat letak kereta penuh sehingga kami terpaksa ‘parking’ kereta di tepi jalan berdekatan,” ceritanya.

isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu berkongsi kisah tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Meneruskan ceritanya, Bella memberitahu kisah ser4m bermula apabila mereka menjejakkan kaki ke tempat peranginan tersebut selepas dia menghidu bau yang sangat busvk di kondominium berkenaan.

Kata Bella lagi, mereka terus diganggu dengan banyak perkara aneh sehingga kaki ibunya ditarik dan leher dicek1k.

“Tiba sahaja di ‘lift’ saya terhidu sesuatu yang sangat busvk dan terus mencari dari mana datangnya bau itu sehingga jumpa di satu tangga yang gelap dan penuh dengan plastik beg hitam. Saya tidak memeriksanya dan terus berlalu pergi.

“Malam itu, ketika ibu hendak ke tandas dia terlihat di dalam ‘bathtub’ ada seorang wanita berambut panjang berjurai tanpa menampakkan wajahnya sedang duduk dalam air yang berwana merah seperti dar4h penuh.

“Ibu terus pengs4n dan ayah bawa ke atas katil dan baringkannya. Tidak lama selepas itu, ibu tiba-tiba mencek1k lehernya sendiri sekuat hati. Ayah cuba meleraikan tanganngya tetapi cengkaman itu kuat sehingga ayah terpaksa men4mpar beberapa kali sehingga ibu sedar.

“Tidak cukup dengan itu, ibu sekali lagi diganggu apabila kakinya ditarik kuat sama seperti kita menonton cerita ser4m sebelum ini,” ceritanya panjang lebar.

Tambah Bella, akhirnya mereka tidak dapat tidur pada malam tersebut dan menunggu waktu subuh untuk pulang kerana tidak tahan dengan gangguan yang diterima.

Sebaik sahaja keluar dari kondominium itu, Bella mendapati kereta yang didapati penuh pada malam itu kosong dan sunyi seperti tiada siapa menginap di situ.

Bella berkongsi kisah seram itu untuk cabarannya sebagai pelakon drama Malaysian Ghost Stories yang akan ditayangkan mulai 25 Ogos ini setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria (saluran 104), jam 11 malam.

Selain Bella, Malaysian Ghost Stories turut dibintangi oleh Janna Nick, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifli, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

VIDEO :

KOMEN NETIZEN :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *